Wednesday, April 17, 2013

Panas!! Calon BN: Bantah muka baru, mahu Jeck Seng kekal di Tg Piai

Calon BN: Bantah muka baru, mahu Jeck Seng kekal di Tg Piai
PONTIAN - Meskipun pengumuman rasmi siapa calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjong Piai belum diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Abdul Ghani Othman semalam, namun sudah ada bantahan yang dilakukan beberapa individu.
Calon BN: Bantah muka baru, mahu Jeck Seng kekal di Tg Piai
Pagi semalam, kira-kira 300 individu termasuk beberapa pemimpin utama MCA Bahagian Tanjong Piai dan parti komponen itu mengadakan satu bantahan aman di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai di Kota Emas, di sini.

Terlibat sama dalam bantahan itu ialah Timbalan Ketua MCA Bahagian Tanjong Piai, Wiliam Tan Soo; Ketua MIC, Krishnan Kumar dan ketua-ketua Umno cawangan.

Ketua Pemuda MCA, Wong Kim Leong berkata, keputusan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek mengumumkan Timbalan Ketua Wanita MCA Negeri Johor, Wong You Song sebagai calon Parlimen di situ nyata tidak disenangi barisan kepimpinan MCA di situ.

Jelasnya, mereka mahu Datuk Wee Jeck Seng dikekalkan bertanding di Tanjong Piai dan menganggap bekas wakil rakyat itu sudah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya selama lima tahun.

“Kami tak pernah menolak MCA dan BN, kami sayangkan parti, tapi jika calon yang diletakkan di sini tak memenuhi kehendak rakyat tak mustahil undi besar yang dimenangi BN pada PRU lalu akan berkurangan pada PRU kali ini,” katanya.

Malah, beliau juga memberi gambaran calon bebas akan bertanding di situ sekiranya Jeck Seng tidak dikekalkan sebagai calon ahli parlimen di situ.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan ada calon Bebas bertanding di sini.

“Ini berdasarkan kepada maklumat yang didengar di peringkat akar umbi sebaik saja pengumuman calon dibuat yang menyaksikan muka baru diumumkan sebagai calon di sini,” katanya.
Menurutnya, pengundi di Parlimen Tanjong Piai tidak mengenali You Song meskipun dia berjawatan di dalam parti.

“Dia bukan orang sini, kenapa perlu pilih dia untuk jadi wakil yang akan menyampaikan suara rakyat di sini sedangkan kami ada calon tempatan yang sudah terbukti telah menjalankan tugas dengan baik sebagai wakil rakyat.

“Kami mahukan wakil rakyat orang tempatan dan ingin tegaskan Tanjong Piai adalah untuk rakyat di sini dan bukannya calon luar,” katanya.

Sementara itu, Jeck Seng ketika dihubungi Sinar Harian, semalam berkata, beliau tidak mahu komen perkara itu kerana belum ada sebarang keputusan yang jelas dibuat pucuk pimpinan mengenai calon yang akan bertanding kerusi Parlimen tersebut.

Beliau menegaskan tidak tahu menahu mengenai sekumpulan individu yang berkumpul di hadapan pejabat MCA Tanjong Piai bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan yang dibuat kepimpinan MCA.

Pada tahun 2004 hingga 2008, Jeck Seng merupakan Adun Pekan Nenas sebelum dipilih sebagai calon Parlimen Tanjong Piai pada PRU12 bagi menggantikan tempat Tan Sri Ong Ka Ting yang berpindah ke Kulaijaya ketika itu.

BN yang diwakili Jeck Seng menang dengan majoriti 12,371 kepada calon DAP Ahmad Ton.

Parlimen Tanjong Piai mempunyai dua kawasan Dun iaitu Pekan Nenas dan Kukup dengan komposisi lebih 50 peratus Melayu, Cina (48%) dan India (1%). - SH

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment