Thursday, April 18, 2013

Gempaq!! Tembelang Tengku Adnan Akhirnya Terbongkar..

Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah. Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.

Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).

Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.

Ku Nan juga pernah mencatatkan kisah pilu buat umat Islam apabila berusaha bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk memiliki saham dalam Bukit Tinggi resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat aktif dalam kegiatan berjudi “mesin”.

Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.

Sampai masanya untuk Ku Nan berundur. ~tranungkite

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment