Sunday, April 21, 2013

Gempaq!! Hantu di Pahang!

Percaya daftar SPR bersih sama macam percaya anak Mamak Kutty jual arak kerana Allah
Masa mengumumkan tarikh penamaan dan buang undi PRU13, Pengerusi SPR kata beliau yakin pilihan raya kali ini paling bersih di dunia.

Daftar pemilih pilihan raya pun tentu lah bersih. Kalau tak bersih daftar pemilih, takkan kita nak kata pilihan raya tetap bersih?

Masuk pilihan raya kali ini, selalu sangat Mamak Kutty kata suara Islam akan lemah kalau Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Sekarang ini, suara Islam kuat sangatkah di tanah air selama Umno memerintah negara?

Yang kita tahu, anak Mamak Kutty adalah tauke kilang arak terbesar di Asia Tenggara. San Meguel bukan dipunyai oleh anak Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Kilang arak San Megual ini milik anak Mamak Kutty.

Kalau anak Mamak Kutty tauke kilang arak, takkan kita nak kata keluarga Mamak Kutty itu paling Islamis di dunia.

Malaysia pun Islamis sebab Mamak Kutty yang Islamis itu nak kuatkan suara Islam macam dia kayakan kilang arak anak dia.

Di facebook awal pagi ini, tersebar seorang rakyat Malaysia Razali Yaasin boleh mengundi sampai lima kali di Parlimen serta Dun yang berbeza-beza.
Tak tahu lah mamat itu budak Nepal ka, budak Bangla ka atau budak Burma sebab semakan daftar pemilih secara online tidak memaparkan wajah pengundi berdaftar.

Kalau semak dalam daftar pemilih ahli United Muta'assibin National Organization, mungkin boleh kot. Siapa nak tolong?

Memang patutpun Pengerusi SPR kata pilihan raya kali ini paling bersih di dunia.

Ini ajaib. Apa yang SPR kata itu bukan lawak antarabangsa.

Setuju? - Faqar
Hantu di PAHANG ! 
Mengapa seorg rakyat ada byk IC ?
Apa yg kita nak buat dgn mereka ini?
Ada siapa2 kenal mereka ini?

Tindakkan perlu dibuat ! kenal pasti hantu2 ini segera !
Rakyat Malaysia. Segera buat tindakkan.
Adakah ini pun projek IC umno/bn ?
Mungkin byk lagi hantu IC ni.
Siapakah mereka?

Ada lagi senarai baru dibawah...
Yg telah disemak kebenarannya..
IC mereka ada dilaman SPR.

Ada siapa dikawasan ni kenal tuan punya IC nie?
AB RAPAR BIN AWANG
-Pusat SEK.KEB.BALOK
-Pusat SEK.KEB LKTP BUKIT KUANTAN
-Pusat SEK.KEB BUKIT SETONGKOL
PRU13 tercemar lagi, RAKYAT kecewa dgn SPR.
Boleh check sendiri. 490715065233 , 490715065137 , 490715065161
http://daftarj.spr.gov.my/ * disyorkan buka pd lain2 page.

Ada lagi senarai baru dibawah...
Yg telah disemak kebenarannya..
IC mereka ada dilaman SPR.
Maaf pic kena - Tgk full screen ..
baru nampak jelas nama..
------- update ---------
560313065506 - RAHMAH BINTI ABDULLAH -Pusat : SEK. KEB. CHERATING
560313065566 - RAHMAH BINTI ABDULLAH -Pusat : SEK. KEB. CHERATING

(ini seusia - nama sama tempat mengundi pun sama - siapakah mereka?)
(Kembar ker? ..tapi tarikh lahir sama, takkan makayah bg nama sama)

500209065157 - YUSOP BIN MOHAMED -Pusat : SEK. KEB. CHERATING
500209065077 - YUSOP BIN MOHAMED -Pusat : SEK. KEB. TERMELOH

511019065109 - ABDUL RAZAK BIN AWANG NGAH -Pusat : SEK. KEB. CHERATING
511019065125 - ABDUL RAZAK BIN AWANG NGAH -Pusat : SEK. KEB. CHERATING

500427065120 - RAHMAH BINTI JUSOH -Pusat : SMK CHINI
500427065198 - RAHMAH BINTI JUSOH -Pusat : SEK.KEB LKTP BUKIT KUANTAN

Aduhai ramai lagi nie...
SPR ni aper citer?...
Saman SPR?
Sebarkan. - Sumber

Nama, tarikh lahir sama di 3 lokaliti berdekatan

Harakahdaily,
21 Apr 2013
KUANTAN: PAS Pahang memohon penjelasan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) berhubung satu nama dengan tarikh lahir sama wujud di tiga lokaliti mengundi saling berhampiran di Kuantan.

Menurut Mereka, nama tersebut Ab Rapar bin Awang dengan tarikh lahir 15 Julai 1949, muncul sebanyak tiga kali dengan tiga nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza di tiga lokasi mengundi berlainan.

Abd Rapar bin Awang yang pertama dengan kad pengenalan 490715-06-5161 / 5028182 adalah seorang pengundi di kawasan DUN Semambu dan Parlimen Indera Mahkota.

Abd Rapar bin Awang yang kedua dengan kad pengenalan 490715-06-5233 / 2208163 adalah seorang pengundi di DUN Beserah dan Parlimen Indera Mahkota.

Abd Rapar bin Awang yang ketiga dengan kad pengenalan 490715-06-5137 / 3878313 adalah seorang pengundi di DUN Sungai Lembing dan Parlimen Paya Besar.

Menurut mereka, dengan kad pengenalan yang sedikit berbeza, tarikh lahir yang serupa dan nama yang serupa dan menjadi pengundi di tiga lokasi berlainan di Kuantan menimbulkan persoalan adakah ketiga-tiga Abd Rapar bin Awang adalah orang yang berbeza atau orang yang sama.

“Penemuan-penemuan yang meragukan sebegini cukup mencalar imej SPR dan menambahkan persepsi rakyat terhadap ketelusan PRU13 kali ini," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Baru-baru ini juga, Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendedahkan bahawa di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Merap, Lee Wee Tak.

Turut menjadi persoalan adakah penggunaan dakwat kekal di PRU13 dapat menghalang para pengundi mengundi lebih sekali.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular