Thursday, April 18, 2013

Dulu kata Selangor akan Bangkrup, Sekarang Mereka pula TIRU

Inilah golongan muka tak malu.. dulu bukan main tiap2 malam hentam negeri Selangor sebab berikan air percuma kepada rakyat, dengan pelbagai professor kangkung dijemput untuk memberitahu kononnya Selangor akan muflis sebab berikan air percuma.

Tapi kini mereka pula yang tiru, bagaimana pula dengan fakta mereka beri dulu yg Selangor akan bakrupt?? sudah tak terpakai kah fakta tu kini?? Ini namanya fakta yg mereka berikan dulu adalah BOHONG semata2!! Sengaja untuk memburukkan negeri Pakatan sahaja!

PRU INI KITA TUMBANGKAN UMNO/BN!! - Mior Rosli

BN juga janji air percuma di Selangor
Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor - janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.

Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.

Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.

Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri. - Malaysia Kini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/04/dulu-kata-selangor-akan-bangkrup.html

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment