Thursday, April 11, 2013

Abdullah Saamah langgar 3 notis MDT

TUMPAT: Notis pertama pembinaan tanpa kebenaran dihantar pada 7 Febuari 2013, namun pemilik pondok Kampung Tebing, Pengkalan Kubur, Abdullah Sa’amah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Kemudian notis kedua dihantar sekali lagi Majlis Daerah Tumpat (MDT) pada 17 Febuari lalu kerana pemiliknya terus berdegil. Kesemua notis berkenaan di bawah Seksyen 70 (1) Akta 173 Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Jurucakap MDT berkata, ekoran Abdullah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan menyebabkan notis ketiga dan tindakan sita dimbil terhadap pemilik bangunan berkenaan pada 17 Mac lalu.

“Dan pada 8 April lalu notis kompaun dihantar kerana pemiliknya masih berdegil meneruskan kerja-kerja pembinaan tanpa kebenaran MDT.

“Malah sehingga sekarang pemilik bangunan itu belum menghantar sebarang pelan pembinaan kepada MDT. Selain itu notis pusaka juga belum dikemukakan bagi menjelaskan tanah tersebut milik Abdullah.

“MDT juga tidak menerima surat keizinan anggota keluarganya yang lain bagi memberi kebenaran kepada Abdullah sebagai ganti sekiranya tidak mahu menghantar notis pusaka,” katanya di sini.

Abdullah dalam kenyataan media hari ini mendakwa selepas 24 jam persidangan ulama pondok dan sekolah agama rakyat mengeluarkan deklarasi haram mengundi PAS, kerajaan Kelantan menyita pembinaan pondoknya.

Ahli Majlis MDT, Wan Akbar Wan Abdullah berkata, tidak berbangkit sama sekali dakwaan Abdullah pembinaan bangunan lima tingkat miliknya disita sebaik sahaja dia memfatwa mengundi PAS haram.

Katanya, tindakan menyita diambil MDT pada 17 Mac lalu kerana pemilik berdegil meneruskan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Adalah tidak berbangkit sama sekali dakwaan Abdullah kononnya pondoknya disita kerajaan PAS selepas dia mengeluarkan fatwa haram mengundi PAS dua hari lalu.

“Malah ada kakitangan bahagian penguatkuasa MDT memberitahu pemilik bangunan itu tidak kisah dikenakan kompaun kerana dia mampu membayarnya,” kata beliau.

Wan Akbar berkata, MDT tidak pernah memilih bulu, mana-mana pembinaan yang tidak mendapat kelulusan akan disita sekiranya masih berdegil selepas beberapa notis dikeluarkan.

Menurutnya tidak sepatutnya sebagai seorang yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ulama, namun tidak mahu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

Pada Ogos tahun lepas kerajaan pusat menganugerah cek bernilai RM2 juta kepada Abdullah yang disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Harakah

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment