Wednesday, March 6, 2013

TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari Anwar

KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.
Suren
Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.
“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu  untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.


“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden  KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.
Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala satu laporan di muka 10 akhbar itu bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang.

TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalam insiden berkenaan.


DENI - Copy
Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarak 
krisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.



“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III.
Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina, bertarikh 4 Mac lalu. 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46570

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment