Friday, March 8, 2013

Tajuk Berita Berniat Jahat, The Star Diminta Tarik Balik Laporan

SHAH ALAM 7 MAC : Akhbar The Star digesa menarik balik serta merta dan membuat permohonan maaf atas berita yang bertajuk ‘Selangor MB slams Tian Chua’ muka surat 12 hari ini.

Tajuk laporan itu langsung tidak mengambarkan komen Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dalam kenyataan media, Ia dibuat dengan tidak bertanggungjawab, tidak tepat dan berniat jahat.

“Jika The Star gagal berbuat demikian, maka tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar itu.

“Tajuk ini bercanggah sama sekali dengan laporan berita itu sendiri yang menyatakan ‘Khalid berkata beliau menghormati dan yakin dengan usaha pihak polis dan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara’,” kata Faekah.

Ujarnya, tiada dalam laporan berita itu yang menyebut unsur-unsur menyatakan Abdul Khalid ada membidas Tian Chua.

“Abdul Khalid berkata beliau tidak fikir mana-mana pemimpin PKR akan membuat kenyataan sedemikian,” kata Faekah.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment