Friday, March 8, 2013

POLITIK SAMSENG UMNO - Bas Merdeka Rakyat di baling Batu, Datok Seri Anwar Ibrahim kena serpihan kaca +Video

y5BUKIT KATIL 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.


“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
y1
Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.


Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.


Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
y3crowd
Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.


Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.
Saksikan rakaman keganasan samseng Umno BN :  
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46701

Perbuatan liar samseng gambaran akhlak pemimpin Umno – Anwar

Mohd Arif Juhani
BUKIT KATIL 8 MAC: Tindakan liar samseng Umno BN yang membaling batu dan mencederakan beberapa penyokong Pakatan Rakyat, menggambarkan buruknya akhlak pemimpin parti pemerintah itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbuatan samseng itu didorong hasutan penceramah Umno yang membangkitkan naluri bertindak di luar kawalan.

“Umno BN pilih orang tidak berakhlak sebagai jurucakap. Pakai tudung tetapi mulutnya penuh hasutan dan caci maki. Inikah akhlak seorang muslimah?

“Lihatlah, samseng Umno BN tergamak melakukan isyarat lucah. Ini hasil ajaran Umno BN kepada pengikutnya,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berdekatan program Merdeka Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat, Umno BN turut mengadakan acara dan antara yang berucap ialah Umi Hafilda Ali.

“Cermin bas tebal tapi pecah juga. Itulah bukti betapa busuknya hati perut samseng Umno BN kepada Pakatan.

“Saya seru ibu bapa yang ada malam ini. Pulang nanti, mari berdoa supaya anak-anak kita dijauhkan dari miliki akhlak seperti Umno BN,” katanya.

Anwar kesal kerana Umno BN tidak berani berdepan dengan Pakatan secara matang, sebaliknya menggunakan samseng untuk menunjukkan kuasa.

“Kalau tidak puas hati, kemuka hujah dan bukti. Bukannya maki hamun. Ini bukan cara politik matang.

“Tengoklah pemimpin Umno BN. Berapa kali saya ajak Datuk Seri Najib Razak berdebat, sampai sekarang tidak sahut,” katanya.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46726

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment