Thursday, March 7, 2013

PANASSS!!!!! TERBUKTI PENGGANAS SULU YANG MENYERANG DAN MENCEROBOH LAHAD DATU DITAJA DAN DIDALANGI ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT????? +VIDEO


Akhirnya terbongkar jua.. Kebenaran terserlah walapun pemimpin Pakatan Rakyat cuba nak menafikannya.


Mana mungkin Najib Razak dan kuncu-kuncunya terutama para bloggers pro UMNO nak menipu.

Memang pengganas militan Sulu ditaja dan didalangi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Omak kau terasa selama ini ditipu bulat-bulat oleh Pakatan Rakyat.

Rasa tersentap jiwa ini.. Sedih apabila ditunjukkan rakaman gambar salah seorang pengganas yang kena berkas oleh polis komando VAT69 memakai baju T ada wajah " Anwar Ibrahim"..

Tak caya?...Sila lihat betul-betul...Bukankah wajah "Anwar Ibrahim"..
Oppss silap dah.. Rupa-rupanya wajah Shafiee Apdal.. Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Ahli Parlimen Semporna.

Jadi siapa yang mendalangi pencerobohan Lahad Datu sekarang?...Ikut hukum logik para penyokong tegar akan hanya memakai baju T yang ada wajah pemimpin kesayangannya saja.

Ini sudah kes berat ini beb!!!!.. Patutlah sejak pencerobohan Lahad Datu sehingga kini tiada sepatah haram perkataan keluar dari mulut Shafie Apdal sedangkan yang kena serang dan ceroboh ialah kawasan parlimennya.

Kalaulah pengganas ini benar-benar memakai baju T ada wajah DSAI.. Taubat lahom akan dipaparkan dimuka depan semua media lidah biawak rasmi UMNO terutamanya Utusan, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmos.

LAGI DIFITNAH LAGI KEBENARAN TERSERLAH!!!! - Omakkau

SUSPEK PENCEROBOH DITANGKAP PAKAI BAJU BERLOGO BN

Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu.

Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah.

Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan.

Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk

Saksikan video ini sebagai bukti lelaki itu pakai baju BN & bergambar menteri



Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/03/suspek-penceroboh-ditangkap-pakai-baju.html#ixzz2Ms1WwZt9

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment