Thursday, March 7, 2013

Nak BR1M 3.0 naik RM1000?? Boleh!!! Dengan syarat...

BRIM RM1000 BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju? BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju?
Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani , Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat…

Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram.
“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin
Setakat ini, sudah lima kali harga gula naik sejak tahun 2010 :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen) (KLIK SINI)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta) (KLIK SINI)
  5. 29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen) (KLIK SINI)
  6. Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Setakat ini sudah kedengaran semula kempen-kempem kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit. Jika anda diberikan pilihan antara BR1M dengan  subsidi gula dikekalkan? Mana satu yang menjadi pilihan anda? Mengapa?
Pilihan Rakyat Malaysia Antara BR1M 3.0 RM1000 Atau Subsidi Gula Kekal?
  •  
  •  
  •  


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment