Wednesday, March 6, 2013

Mana Shafie Apdal Menyorok Masa Semporna Diserang?


Agak menghairankan juga apabila seorang ahil parlimen yang diberi mandat untuk mewakili rakyat di kawasannya tiba-tiba menghilangkan diri entah ke mana sedang rakyat bertarung nyawa menghalang pencerobohan puak pemisah Sulu.
Shafie Apdal merupakan Naib Presiden Umno dan ahli parlimen Semporna sejak 1995 langsung tidak kelihatan sejak insiden serangan di perkampungan air yang mengorbankan enam anggota keselamatan kelmarin.

Shafie dipilih penduduk Semporna semasa zaman bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa penuh ke atas akses jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diarahkan mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada kaum Sulu yang bertaburan di seluruh Sabah.

Penduduk tempatan yang ditemui memberitahu mereka merasa hairan dengan tindakan Shafie yang langsung tidak menjenguk mereka ketika dalam kesusahan ini kerana saban hari puak penceroboh cuba mengganggu gugat keselamatan mereka.

Seorang penduduk yang ditemui dengan nada sinis menyatakan, semasa tiada perang sebegini pun batang hidungnya langsung tak kelihatan, inikan pula situasi kecemasan yang kini diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setelah berita "kehilangan" Shafie tersebar di media sosial, beberapa pihak mengeluarkan sekeping gambar kontroversi yang jelas mengaitkan Shafie dengan beberapa pemimpin puak penceroboh dalam satu majlis peribadi di kediamannya di Semporna.

Antara tulisan yang tertera di bawah gambar tersebut menyatakan:

TAHUN LEPAS Safie Afdal berjumpa Sultan Email Kiram adik kepada Jamalul Kiram dan Abang Agimuddin Kiram yang berada di Kg.Tonduo Lahad Datu ~

MAKA APAKAH PATUT DENGAN MUDAHNYA KITA AKAN KATA SAFIE AFDAL YANG SURUH PUAK SULU DATANG CEROBOH SABAH? *

Aku kira itu tak patut. Mari berhujah cara sihat.

FAKTA: Faktor sejarah, pertahanan laut negara yang lemah dan gagal dititiberatkan oleh kepimpinan Najib serta DITAMBAH PULA dengan pemberian IC ekspress mamak kerala di Sabah adalah antara punca UTAMA tragedi Lahad Datu.

Berdasarkan kelemahan BN yang nyata ini, RAKYAT patut TUKAR DARIPADA KERAJAAN BN KEPADA PAKATAN RAKYAT diPRU13!

Ada Bantahan?
______________________

Nampaknya dengan bukti terbaru ini jelas semakin ramai pemimpin Umno terutama di Sabah menggunakan pendatang asing tanpa izin ini untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dengan cara memberikan kad pengenalan tulen berserta wang sebagai imbuhan.

Jadi mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak menahan dan menyiasat Shafie atas pemglibatan terang-terangan dalam Projek IC ciptaan Mahathir?

Mengapa perdana menteri, Najib Altantuya sibuk sangat mengarahkan polis menyiasat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kunun ada kaitan dan perjanjian dibuat antara mereka sedangkan Kesultanan Sulu sendiri menafikan dakwaan Najib Altantuya tersebut?

JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSLIHAT NAJIB ALTANTUYA DAN Umno mahu memerangkap Pakatan Rakyat dengan tuduhan tak berasas, sebaliknya patung Najib Altantuya dan Presiden Filipina, Pinoy III yang dibakar peserta demonstrasi di Manila !
Masih ingat dengan PANGLIMA LUDAH sang melayu kita..?..insiden turunkan gambar PAK PM1MALAYSIA ..keluar sekumpulan PANGLIMA yg nak ugut tampar mahasiswa tersebut..kali ini GAMBAR PAK JIB dibakar..!!..apa macam..?!!..IBRAHIM ALi xnak istihar perang FISABILILLAH ker..?...puih..!!..puak2 yg harus MELAYU TOLAH PRU13 KELAK..

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment