Tuesday, March 5, 2013

LEBIH 134,675 PENGUNDI HANTU DI SELANGOR


Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihanraya akan datang.
Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.

Abdul Khalid berkata demikian di dalam pembentangannya di dalam persidangan terbuka Pilihanraya ke-13 di sini, hari ini.

“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul Khalid.

Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.

Daripada 497,084 pemilih baru yang telah disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Abdul Khalid, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengendahkan gesaan daripada Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti lebih 134,000 pengundi ragu itu.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment