Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu: Bayangkan ia tanpa kehadiran media baru


(Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku)
KUALA LUMPUR: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini.

Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku.

"Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku.

"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris.

Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari.

Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.

Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.

"Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya. - Harakah

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment