Friday, March 8, 2013

Ku Li nafi ditawar jadi PM jika Pakatan menang PRU13

Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan cakap-cakap kononnya beliau ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menyifatkan perkara itu sebagai karut, Tengku Razaleigh berkata ia sengaja ditimbulkan di saat menjelangnya pilihan raya umum.

"Karut saja, saya masih dalam Umno dan cerita itu timbul mungkin dari rakan dia oranglah tu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Orang Asli di Lojing petang ini.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa pakatan pembangkang ada menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.

Hadir sama pada program itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mat Sulji Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu Abdul Razak Arshad serta Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan Ilyas Anjang.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh berkata walaupun beliau pemimpin veteran Umno namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.

"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya. - Bernama

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment