Tuesday, March 5, 2013

Insiden Lahad Datu - Menteri KDN Hishamuddin Letak Jawatan?.

Itulah yang sepatutnya... menteri terbabit kena letak jawatan... tetapi tidak,, Menteri pun dah biol,,, ia suruh penceroboh Sulu yang letak Jawatan ?...

'Perang' sudah bermula...Bekas ketua polis VS menteri Umno...admin belah bekas ketua polis ni...korang belah mana?..=))

Kenyataan Tan Sri Musa Hassan di Twitter:

i. Berapa ramai lagi yang harus terkorban menunggu tindakan yang berkesan?
ii. Jika dirancang dengan baik, kita boleh mengurangkan kecelakaan dan kematian
iii. Eloklah tanya menteri di yang bertanggungjawab tentang keselamatan negara
iv. Ketua harus bertanggungjawab!!
SUMBER

suluTragedi Lahad Datu: Hishammuddin dan Zahid Hamidi didesak letak jawatan
Insiden Lahad Datu telah membuktikan kegagalan kerajaan UMNO khususnya Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hisamuddin Hussein dan Datuk Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dalam menyelesaikan isu pencerobohan dan serangan tentera kesultanan Sulu yang telah mengakibatkan anggota komando polis maut dan beberapa yang lain cedera .

Sikap sambil lewa dan melengah-lengahkan keputusan terhadap kebiadapan tentera kesultanan Sulu menceroboh dan akhirnya bertindak drastik sehingga berlaku pertempuran dan kematian anggota komando polis adalah merupakan kesilapan dan kesalahan yang wajib dipertanggungjawab oleh Datuk Seri Hisamuddin Hussein dan Datuk Zahid Hamidi.

Berapa ramai lagikah anggota keselamatan negara harus terkorban? Kerajaan UMNO cuba bersikap memburuk-buruk keadaan dengan cuba melontar kesalahan kepada orang lain dengan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘dalang’ sebagai menutup kegagalan menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu.

Sepatutnya Kerajaan UMNO khususnya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan menangani kes tersebut demi keselamatan dan kedaulatan rakyat serta negara tetapi cuba melakukan propaganda jijik dan dangkal dengan mencipta persepsi buruk terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelemahan dan kelonggaran pertahanan dan keselamatan negara menyebabkan sewenang-wenangnya dimasuki oleh para penceroboh dan penganas yang ternyata menjatuhkan maruah negara .

JINGGA 13 yakin rakyat Malaysia yang mampu berfikir akan menolak segala propaganda yang cuba dimainkan oleh Kerajaan UMNO dengan menuding jari kepada orang lain tanpa asas yang kukuh dan menjadi amat kepelikkan setiap apa sahaja yang berlaku dalam negara ini semuanya adalah disebabkan oleh seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Ternyata cubaan tersebut memperlihatkan Kerajaan UMNO terus “bermain politik” dengan rakyat dan JINGGA 13 yakin rakyat sudah tidak mudah diperbodoh dan dipermainkan.

Insiden di Lahad Datu adalah simbol kegagalan dan kelemahan Kerajaan UMNO di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menangani dan menyelesaikan konflik yang berlaku. Tindakan Kerajaan UMNO yang berrindak “menangguk di air keruh” adalah bukti sikap desperado politik yang dimainkan oleh Kerajaan UMNO yang ternyata gagal dan lemah.

Selaku menteri yang bertanggungjawab , JINGGA 13 MENDESAK agar Datuk Seri Hisamuddin Husein dan Datuk Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan dengan segera!

muafakat*prihatin*berani
j13
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment