Sunday, March 10, 2013

GEMPAR!!!!! LIWAT III DALAM PEMBIKINAN???


GEMPAR!!!!! LIWAT III DALAM PEMBIKINAN???... BAKAL "MANGSA" SUDAH PUN MENGHANTAR SURAT KEPADA PRESIDEN PAS!!!!!! SEBARKAN
Mamat Mohd Fareez Kamal Intidzam ini menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu.

Surat yang ditulis tangan oleh mamat ini antara lain mendakwa bahawa dia ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa cemburu akan hubungan mereka.

Dalam surat itu, mamat ini mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kononnya kerana hubungan yang rapat tersebut. Selain itu, mamat ini juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu kononnya mahu meminta campur tangan TG Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dakwa mamat ini lagi , pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

Berikutan penulisan surat itu, mamat ini telah membuat laporan polis kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada pengikut-pengikut Presiden PKR.

Selain itu, mamat ini juga sudah menjadi modal politik terbaharu pencacai dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.

Sambil mengakui dirinya sebagai penulis surat tersebut, mamat ini mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.

“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Mamat ini turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim

SKRIP SEBIJI MACAM KES VIDEO "CHINA DOLL" APABILA RAHIM TAMBI CHIK MINTA DSAI DAN DSWA UNDUR DARI POLITIK.

KALI INI CUBA NAK HERET PRESIDEN PAS SEBAGAI CARA NAK PECAH BELAHKAN KESATUAN INTIN LAGI RAPAT PAKATAN RAKYAT.

BUDAK MASIH BERHINGUS NAK AJAR ULAMA VETERAN CARA BERPOLITIK.

SEKILAS IKAN DI AIR, SUDAH TAHU JANTAN BETINANYA...SEUTAS SURAT KEPADA PRESIDEN PAS RAKYAT SUDAH TAHU TUJUAN DAN NIATNYA.

TAK KAN LAH NAK MAIN ISU EKJOS SEBAGAI MODAL POLITIK BERDEPAN DENGAN PAKATAN RAKYAT PRU 13 KOT!!!!!..

SUMBER

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment