Friday, March 8, 2013

Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan

basPETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.


Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.

Beliau malah melempar kata-kata seperti ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’.

“Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.
“Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno. Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
y3Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.

Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.

y1“Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.

“Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.
“Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN,” katanya.

Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.

Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.

Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment