Friday, March 8, 2013

APA YANG DIJANGKA SUDAH MENAMPAKKAN BELANGNYA


PUTRAJAYA — Pilihan Raya Umum Ke-13 di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.


Beliau berkata, dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan. "Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. "Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment