Friday, January 11, 2013

Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di Stadium Merdeka 12 Januari 2013. Apa Terjadi? +Video

Himpunan 12 Januari 2013  LIVE Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di Stadium Merdeka 12 Januari 2013. Apa Terjadi?Kuala Lumpur 10hb Jan 2013 : Pemimpin Pakatan telah mengadakan mesyuarat tergempar tengah malam tadi ekoran saranan Polis Diraja Malaysia yang mahu melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 diadakan di sekitar Stadium Bukit Jalil bukannya Stadium Merdeka. Pihak menganjur pun sudah membayar wang RM75,000 kepada pihak Stadium Merdeka petang semalam dan hasil keputusannya…

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Himpunan Kuala Lumpur #KL112 tetap dengan keputusan mahu mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
Berdasarkan laporan berita mengenai Himpunan Kuala Lumpur #KL112 sebelum ini di sini (KLIK SINI), daripada 1,941 responden yang menyertai ruang undian yang kami sediakan sekitar 59% bersetuju manakala 41% tidak bersetuju. Masing-masing ada pendapat dan luahan yang diberikan pembaca Berita Semasa di sana mengenai penganjuran himpunan kali ini
Himpunan di Stadium Merdeka LIVE Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di Stadium Merdeka 12 Januari 2013. Apa Terjadi?
Dr. Asri sempat menulis di Twitter mengajak kalangan mahasiswa yang mahu hadir dalam Himpunan di Stadium Merdeka ataupun Himpunan Kuala Lumpur #KL112 di Stadium Merdeka kali ini, supaya menonton video deklamasi sajak yang disampaikan oleh penyair ternama bernama Rendra kepada kalangan mahasiswa di Universiti yang bertajuk Puisi Pertemuan Mahasiswa iaitu sekitar 1 Disember 1977.
KL112 LIVE Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di Stadium Merdeka 12 Januari 2013. Apa Terjadi?
Ini video yang Dr. Asri maksudkan…
Akhirnya kami berharap sangatlah kepada pihak polis jagalah keselamatan semua perserta Himpunan Kuala Lumpur kali ini, bukan sekadar untuk pihak media semata. Dan tidak lupa juga, insiden pihak polis menumbuk dan membelasah peserta dan wartawan sepertimana yang berlaku dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini dapat dielakkan, semua anggota polis yang bertugas haruslah memakai tanda nama dan nombor pengenalan. Itu sahaja.
Dan kepada peserta Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di Stadium Merdeka, menunjukkan contoh yang baik, tidak membuat kekacauan, huru-hura dan paling penting jangan timbulkan provokasi antara satu sam lain, samada kawan ataupun lawan anda termasuklah juga kepada anggota polis yang bertugas. Ini kerana..ingatlah, mereka juga adalah manusia seperti anda juga.
Insyaallah, jikalau kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang sepatutnya hasrat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu mencapai angka “mangsa sifar” dalam Himpunan Kuala Lumpur (#KL112) di tadium Merdeka Kali ini
P/S : Janganlah membuat “provokasi murahan” semasa berlangsungnya Himpunan Kuala Lumpur (#KL112), kerana lensa kamera sentiasa memerhatikan anda semua…Apa kata anda pula?
SUMBER : Berita Semasa
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment