Monday, December 3, 2012

Yang tak dibuat oleh Kerajaan BN setelah Lebih 50thn memerintah..


SELANGOR MENJADI NEGERI PERTAMA LANCAR BANTUAN SAUDARA BARU ISLAM!!
Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai ...
Najib sekali lagi cuba menggunakan sentimen agama dan perkauman bagi meraih undi melayu apabila beliau dilihat cuba menakut-nakutkankan orang melayu apabila mengatakan pemberian undi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

Tapi apa yang menghairankan adalah 4 buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat berada dalam keadaan harmoni tanpa pepecahan kaum mahupun pergeseran antara kaum..

Malah perkembangan agama Islam semakin hebat di dalam 4 buah negeri ini dengan aktiviti di Masjid semakin hari semakin rancak dengan majlis ilmu..

Selangor tidak terkecuali..
apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperhebatkan bantuan kepada saudara baru Islam dengan pelancaran "Muallaf Care"..

"Muallaf Care" diwujudkan bagi memberi bantuan,sokongan dan kekuatan kapada saudara baru Islam dalam menjalani kehidupan baru mereka...

Najib juga menggambarkan bahawa hanya BN sahaja yang berjuang untuk agama Islam di negara ini..
tetapi tahukan Najib,bahawa Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan skim bantuan saudara baru islam melalui "Muallaf Care" ini...

Muallaf Care Bantu Saudaru Baru
KLANG 2 DIS : Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan “Muallaf Care” bagi memberi bantuan dan sokongan bagi saudara baru Islam di Selangor memulakan kehidupan baru.

Inisiatif tersebut bagi menyalurkan bantuan dengan lebih cekap pada tahun pertama pengislaman untuk meringankan beban mereka seperti :-
Bantuan bulanan,
Sewa rumah,
Berkhatan dan
Perubatan.

Bagi muallaf seperti Fatin Ardini Monica Abdullah, 24, bantuan dan sokongan itu adalah penting di dalam keadaan mereka berasa terasing dan jauh dari keluarga.

Pelajar Diploma Pengurusan dari Kolej Astin itu berkata, bantuan pelajaran RM 20,800 dari Mais memberikan kekuatan dirinya untuk meneruskan pelajaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai Islam.

“Saya jauh dari keluarga dan dengan cara ini saya tidak berasa keseorangan kerana sebagai saudara baru bimbingan amat perlu.

“Perhatian diberikan mencerminkan Islam begitu pentingkan penyatuan dalam kehidupan,” kata gadis berbangsa Iban dari Sarawak yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, program yang bertemakan “We Love Muallaf” merupakan strategi baru bagi mendekati dan memastikan perkhidmatan yang baik terus diberikan kepada muallaf.

“Di samping memastikan golongan muallaf ini dibantu dari pelbagai aspek, program ini akan banyak membantu dalam menyebarkan Islam secara lebih teratur kepada bukan Islam.

“Dengan program dakwah diatur, Mais berharap akan dapat terus meningkatkan bilangan muallaf dan umat Islam di Selangor,” katanya selepas majlis pelancaran Muallaf Care di Pusat Konvensyen Setia Alam, Setia Alam di sini semalam.

Mohamad Adzib berkata terdapat kira-kira 7,000 muallaf di seluruh Selangor ketika ini.

Pelancaran Muallaf Care menjadikan Mais sebagai Majlis Agama Islam Negeri pertama melaksanakan sistem seperti itu.

Mohamad Adzib berkata, peruntukan keseluruhan bagi asnaf muallaf tahun ini ditingkatkan sebanyak RM 23.7 juta berbanding RM 21 juta pada tahun lepas.

“Mais telah mewujudkan skuad Mesra Muallaf yang akan turun padang memantau keperluan dan aduan diterima berkaitan muallaf,” katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tengku Sulaiman Shah turut berkenan menyampaikan bantuan bina rumah kepada 10 muallaf berjumlah RM 442,000 dan lapan penerima bantuan pelajaran bernilai RM 154,000 dalam majlis berkenaan.

Majlis tersebut turut meraikan 30 pasangan pengantin baru muallaf.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Muallaf Selangor, Profesor Madya Dr Halim Tamburi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof. - Liang Lahad

Kalau nak tengok tahap peruntukan untuk Agama Islam di Pulau Pinang..
sila lihat sini..

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment