Tuesday, December 4, 2012

PANAS! Bukti Mahathir Masih Kuasai Umno!


Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Najib Altantuya menyebut nama Mahathir Mohamad lebih daripada empat kali semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, tegas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, bekas perdana menteri Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".

"Saya tidak fikir dia mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Mahathir)," katanya. "Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Najib Altantuya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Mahathir bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia (Mahathir) tidak sukakan mereka.

Najib Altantuya juga memberitahu perwakilan bahawa Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian.

Anwar menambah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Mahathir secara sendiri telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri.

"(Beliau telah) merayu sokongan mereka dan malah memberi mereka cadangan - jika mereka tidak puas hati ... menang pilihan raya dahulu dan jatuhkan pemimpin selepas pilihan raya."

Beliau mendakwa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenainya dan ketua pembangkang itu mengkritik Najib Altantuya kerana didakwanya tidak mampu bertindak tegas.

"Najib telah memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu menangani (dengan tegas) terhadap (ketua Wanita Umno) Shahrizat (Abdul Jalil), yang keluarganya terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Mahathir," katanya

Semalam, Najib Altantuya sekali lagi memuji Mahathir dalam mesyuarat agung tahunan Parti Progesif Penduduk (PPP) di hadapan ratusan ahli parti itu termasuk di hadapan Mahathir sendiri yang turut hadir sebagai tetamu kehormat.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment