Monday, December 3, 2012

Malaysia Negara Paling Selamat, Jenayah makin merosot : Wanita Diikat Dan Dirogol Sebelum Disamun

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. —Kosmo

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment