Saturday, December 1, 2012

Kenyataan ugutan dari Sharizat bukti UMNO Racis!!

Shahrizat: WargaAMAN gesa NGO buat laporan polis
KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) gabung bersama Tamilar Action Force (TAF) serta berberapa NGO akan membuat laporan polis terhadap kenyataan bahaya Datuk Seri Shahrizat Jalil baru-baru ini di Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka PWTC, yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika UMNO hilang kuasa pada PRU 13.

“WargaAMAN menyifatkan kenyataan Shahrizat sebenarnya berbaur ancaman, ugutan dan hasutan yang seolah-olah boleh mencetus huru-hara di kalangan rakyat Malaysia,” Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.

Menurutnya, selain daripada itu ia satu cubaan menakutkan rakyat bahwa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa, kononnya jika UMNO tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara akan goyong, negara tidak selamat, kucar kacir dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Oleh yang demikian, ujarnya WargaAMAN meminta semua NGO tidak mengira apa bangsa dan agama untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu.

“Kami bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“WargaAMAN serta seluruh rakyat Malaysia tidak mahu melihat keadaan peristiwa hitam yang jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita, kami inginkan keamanan dan meminta pihak polis (PDRM) mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku,” ujarnya. - Harakah
Adakah ini satu ugutan dari Shahrizat? AMARAN dari Shahrizat Ratu Bollywood kononnya tragedi 13 Mei akan berulang bergegar serata pentas PAU2012 di PWTC.

Ratu Bollywood bila berbicara.. Dah tak ada modal.. Cari la modal lain.. Modal lapuk ni dah tak laku dah utk mak lembu buat modal menyamun..

Aku dah habaq lama dah, UMNO ni rasis.. DIULANGI.. UMNO ni rasis!!! - Orenji Ren Oren

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment