Thursday, December 13, 2012

GERAKAN Rakan Karib UMNO Melampau dan Kurang Ajar.. Cuba menghina Masyarakat Islam Kelantan


SUDAH MELAMPAU!!! Mai tengok perangai kurang ajar rakan baik UMNO cabar orang Islam Kelantan
Sudah melampau.

Apabila masyarakat keturunan cina dari parti Gerakan Negeri Sembilan sengaja datang ke Kota Bharu s mahu mencabar MPKB BRI dengan niat untuk menghina rakyat negeri Kelantan.

Lelaki cina itu datang untuk mendandan rambut di premis gunting rambut wanita. Cina  Gerakan tersebut sengaja nak mencabar orang Islam Kelantan.

Lelaki cina tersebut dikatakan dari parti Gerakan iaitu salah satu parti yang bersama dengan UMNO memerintah Malaysia.

Apakah UMNO Kelantan menyokong tindakan lelaki cina dari parti Gerakan itu yang secara terang-terang untuk menunjukkan mereka boleh buat apa saja di Negeri Kelantan.

Betul undang-undang tidak menyekat mereka itu untuk datang ke Kelantan mendendan rambut tapi kedatangan mereka dengan niat untuk mencabar rakyat negeri Kelantan dengan bermegah apabila mendandan rambut dengan wanita dalam suasana isu mendendan rambut belum selesai.

Nampaknya lelaki cina tersebut dah naik toncang.newkk

Berita

Sekumpulan anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut.

Enam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina.

Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut.

Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut.

Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment