Thursday, December 13, 2012

Dari Blogger UMNO : Boss kata lain balaci kata lain...


Aku dah habaq mai tapi @NajibRazak tak mau dengaq...

Sejak kebelakangan ini aku lihat banyak kenyataan @NajibRazak yang "tersasul" dan "tersiul" walaupun aku pasti dalam hati dia memang dia tak mau cakap apa yang dia dah "tercakap".

Contohnya bila dalam "penggulungan ucapan" beliau masa PAU2012 lalu dia merujuk kepada 3 "orang" Naib Presiden Umno dengan gantinama " tiga ekur" yang mana tak sesuai langsung walaupun dia berniat nak bergurau.Satu lagi bila dia kompang ada "kejutan" yang akan dia lakukan di Program Janji DiTepati di Pulau Pinang...

"terkejut dalam kejutan" rakyat Pulau Pinang dibuatnya bila Najib menaikan "benchmark rumah mampu milik" kepada RM300 ribu sedangkan balaci dia kat sana Datuk Zainal apakenama pada bulan Jun lalu (keratan akhbar dibawah) kata rumah mampu milik sepatutnya berharga antara RM42,000 ke RM60.000.

Amik kau!! dalam masa tak sampai 6 bulan "benchmark" melonjak naik 500%.(kalau saham FGVH naik macam tu ada gak faedah pada peneroka)

Boss kata lain balaci kata lain...


Lepas tu darling tersayang pulak bagi "peluru hidup" kat Pakatan Rakyat bila lancar "Biografi" diri sendiri konon nya untuk menjelaskan "tomahan" dan "fitnah" yang dilontar dengan memperuntukan satu bab khusus untuk tujuan ini dengan harga RM150 senaskah.

Jawap "FREE" pun orang tak ambik port nak percaya inikan pula nak kena bayar RM150 untuk tujuan yang sama?Siapa punya idea tak cukup akal ini pun aku tak pasti...Ahmad Maslan?....atau Rosmah sendiri?

Tapi pokok kepada kejadian kejadian TERSASUL DAN TERSIUL ini banyak bergantung dengan apa yang pernah aku "ingatkan" sebelum ini.Aku dah nasihat Najib agar "menyelesaikan" apa yang belum diselesaikan sejak bertahun tahun lalu.Hak anak anak yatim dan waris mereka dan mereka yang berhak jangan diabaikan kerana ianya dah jatuh HUKUM WAJIB atas bahu dia sebagai pemegang obor Umno hari ini.

Terus terusan mengelak diri dari mengambil tanggung jawap akan hanya menjadikan @NajibRazak serba tak kena baik dalam berkata kata mahupun dalam tindakan dia.Lain yang nak dikata lain pula yang terpacul dari bibir dia...lain dia nak buat lain pulak yang jadi.Ini bukan saja akan berlaku pada diri dia seorang bahkan melibatkan ahli keluarga terdekat dan para pemimpin dan bapak bapak memteri yang dipimpin nya.

Sekali lagi...

JANGAN PERKECILKAN KUN FAYAKUN ALLAH TAALA.

Tak percaya???? Teruskan.... - Aku Peduli APA

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment