Friday, December 14, 2012

AES: K'jaan UMNO@BN henti rundingan dengan Pakatan

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan kementerian itu telahpun menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang berkeras menentang pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau berpendapat kementeriannya tidak perlu membuat pertemuan lanjut memandangkan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan telahpun bertemu dengan kerajaan Selangor.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kementerian itu akan membuat rundingan semula berhubung AES dengan kerajaan negeri Pakatan.

Namun, Kong berkata kementeriannya bersedia untuk bertemu mana-mana organisasi untuk membincangkan isu AES.

Beliau kemudiannya ditanya sama ada kementeriannya akan bertemu NGO anti-AES disokong PAS yang dikenali dengan nama Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Katanya, itu bergantung kepada "keikhlasan" KASE.

"Jika tidak ikhlas, tidak perlu (bertemu)," katanya sambil ketawa.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan sejam dengan Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) di kementeriannnya di Putrajaya.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment