Saturday, November 17, 2012

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami……


Disaat saya menulis posting ini saudara kita di Gaza, Palestin terus dihimpit menderita, bumi mereka digasak bertalu-talu oleh serangan jet pejuang Israel. Menurut al Jazeera terbaru, 3 pejuang Palestin syahid terbunuh oleh serangan udara jet Israel di Kem Maghazi, tengah Gaza.

Manakala CNN pula melaporkan kabinet Negara Haram Israel telah meluluskan agar dikerah 75,000 tentera simpanan Israel agar berpadu tenaga dengan 30,000 tenteranya di sempadan Gaza sementara menunggu isyarat menggempur bumi Palestin itu.

Pimpinan Negara Islam yang ketara kelihatan aktif dan prihatin adalah Mesir dan Turki. Difahamkan PM Turki akan mengunjungi Mesir dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu ini. Sementara kerajaan Saudi memilih mencari jalan selamat. Beberapa demonstarsi besar-besaran telah diadakan di Mesir dan Turki termasuk beberapa Negara Islam lain, selain oleh umat Islam dan penyokong Palestin di Amerika Syarikat dan Eropah.

Walaubagaimanapun pagi tadi beberapa penganalisa CNN melaporkan bahawa Mesir khasnya cuma beretorik kosong dan tidak menjangkakan bahawa Negara itu dan Turki selain Iran akan mengambil apa-apa langkah berani.

Benar atau tidak telahan para penganalisa itu kita serah pada Allah swt. Apa pun dengan kehadiran begitu banyak tentera Israel di sempadan sebagaimana dilaporkan, tidak mustahil mereka sudah bersedia melancarkan perang darat, dan kita menunggu apakah tindakan balas kerajaan-kerajaan Islam termasuk Mesir, Turki dan Iran selain yang lain termasuklah kita di rantau sebelah sini.

Allah swt berfirman maksudnya:
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; (an Niza:95)

Dari Sahl bin Sa'ad Radiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Menjaga orang-orang muslim dari serangan musuh sehari di jalan ALLAH lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami……

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment