Tuesday, November 6, 2012

Soalan Panas Untuk Utusan Dan Pencacai UMNO

Utusan Meloya : Kenapa perlu takut dengan AES? 
Sapa takut??? Tak dak sapa takut pun... kita tentang bukan sebab takut tapi sebab tidak adil & menganiaya org....
tapi yang peliknya juga ada org takut dgn HUDUD.... 

Kenapa takut dgn HUDUD kalau tak buat salah?? - Zul Hazmi
Antara AES dan Hudud…
AES bukan ajaran mana-mana agama, tapi dilaksanakan oleh kerajaan. Hudud adalah ajaran agama Islam, tapi ditolak dan DIKUTUK oleh UMNO dan MCA

Pengguna jalanraya tidak dididik dan diberi maklumat mengenai AES, tapi AES terus dilaksana. Rakyat tidak dididik mengenai hudud yg digariskan oleh Tuhan, dan hudud terus ditolak dan diHINA

Tujuan AES ialah mencegah pengguna dari salah laku di jalanraya sahaja. Tujuan hudud ialah mencegah salah laku manusia dalam bab membunuh, zina, tuduhan palsu, dan mencuri/merompak sahaja.

AES dilaksanakan di tempat yg bukan kerap berlaku kemalangan, dan AES tidak mengambilkira konteks lokaliti, konteks pesalah, konteks kesilapan sistem.

Hudud ditetapkan pada kesalahan yg khusus, tapi perlu dibuktikan, perlu ada saksi, dan bergantung kpd suasana soso-ekonomi dan situasi kesalahan yg melakukanya; hudud boleh berubah menjadi takziir dengan sebab konteks kesalahan dan konteks diri pesalah.

PR menolak AES, UMNO-BN menolak hudud

Projek AES diserahkan pada syarikat milik MCA dan Kroni
Projek hudud diserahkan kepada kerajaan Malaysia untuk dilaksanakan ke atas orang Islam, tapi UMNO menjadi pelopor tolak dan HINA hudud.


" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Suratul Baqarah:229)

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Suratul Baqarah : 178)

Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Anak pemimpin Umno ada saham dalam AES? 
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.

Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Artikel Dari UTUSAN :
Kenapa perlu takut dengan AES?
TELAH banyak yang diperkatakan berkenaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Pelbagai pihak meluahkan rasa tidak senang dengan pendirian Kementerian Pengangkutan yang mahu meneruskan pengunaan sistem tersebut.

Ahli Parlimen, persatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna juga bersuara. Malah dalam Bisik-Bisik Awang Selamat juga membicarakan perkara sama. Hairannya kenapa penguatkuasaan AES ini harus ditentang dan dipolitikkan?

Pengunaan AES tidak harus dipertikaikan dan bagi saya ia harus diteruskan. Syabas kepada Menteri Pengangkutan kerana berkeras untuk meneruskan penggunaannya.

Kenapa harus takut kepada AES kalau kita memandu secara berhemah dan lupakah kita betapa pentingnya semua pihak menjaga keselamatan di jalan raya?

Bila angka kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat, semua pihak menuding jari kepada pihak berkuasa kerana tidak menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Ironinya pihak sama juga yang menentang apabila sesuatu sistem penguatkuasaan demi menjaga keselamatan nyawa pengguna jalan raya diperkenalkan.

AES tidak perlu dipolitikkan. Ia hanya mempunyai satu matlamat dan tujuan iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan membawa pemandu yang angkuh dan tidak tahu undang-undang ke muka pengadilan.

Mungkin mereka yang menentang ini ialah pelaku kesalahan jalan raya tegar. Kalau tidak mengapakah mereka bersungguh-sungguh menentang atau mencari jalan agar penggunaan AES ini ditangguhkan dengan alasan kebanyakan pemandu harus diberi masa untuk menyesuaikan diri.

Apakah ini bermaksud semua pemandu di negara ini buta undang-undang atau lulus lesen pemanduan mereka secara under table? Apakah pemandu-pemandu kita tidak diajar apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berada di jalan raya?

Sebenarnya apa kena mengena penguatkuasaan AES dengan ahli politik? Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman pun bersuara agar penguatkuasaan ditangguhkan bagi membolehkan kakitangan awam menyesuaikan diri dengan sistem ini.

Hakikatnya orang-orang sama juga melenting dan marah apabila setiap kali angka korban akibat kemalangan meningkat.

Saya juga pemandu dan jika saya bersalah, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana memandu tidak mengikut peraturan dan melanggar undang-undang jalan raya. Ini adalah hakikatnya.

Semua pemandu tidak harus menyalahkan pihak berkuasa jika mereka melakukan kesalahan baik di jalan raya atau dari apa segi sekalipun. Yang salah tetap salah dan harus berani menanggung akibatnya.

Saya merayu kepada semua ahli politik, NGO dan persatuan-persatuan, jangan menentang sesuatu yang baik hanya kerana kita sebahagian daripada pelaku kesalahan yang ingin dibanteraskan.

Mungkin dengan penggunaan AES ini, nyawa tuan-tuan atau keluarga tuan-tuan dapat diselamatkan daripada menjadi sebahagian daripada angka korban jalan raya di negara ini. Berani kerana benar, takut kerana salah. - © Utusan Melayu (M) Bhd
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment