Tuesday, November 13, 2012

SEJARAH MEMBUKTIKAN MURTAD BERLAKU DAN DILULUSKAN DI ZAMAN UMNO


SHAH ALAM, 12 NOV : Kerajaan Umno-BN seharusnya menyalahkan diri sendiri berhubung isu umat Islam murtad kerana sejarah membuktikan ia berlaku di zaman pentadbirannya apabila permohonan sebahagian umat Islam diluluskan bagi tujuan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes murtad di sisi Islam adalah satu kesalahan besar yang tidak sewajarnya dibenarkan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tahun lepas terdapat sejumlah 168 permohonan murtad diluluskan, perlu direnung secara serius oleh kerajaan Umno-BN sebelum menyalahkan pihak lain dengan isu yaang belum pasti kesahihannya.

“Kita pun rasa pelik macam mana majlis agama boleh meluluskan untuk orang murtad kerana kalau dilihat dalam peraturan Islam, murtad ini satu kesalahan besar dan tidak sepatutnya jabatan agama atau menteri yang bertanggungjawab membuat kelulusan.

“Sepatutnya mereka yang nak murtad itu dibimbing dan dipertahankan akidah melalui majlis bimbingan atau dihantar ke program pemantapan akidah. Kita rasa dukacita dengan kenyataan tersebut apabila permohonan mereka diluluskan, maka apa sebenarnya kita perlu mendapat penjelasan lanjut daripada beliau (Jamil Khir),” katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, bagi pimpinan PAS isu berkaitan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim secara tiba-tiba diperbesarkan oleh pemimpin Umno-BN dengan laporan di media arus perdana kawalannya.

Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan dan maklumbalas daripada Nurul Izzah sendiri perlu bagi penjelasan sebenarnya terhadap apa dinyatakan.

“Apa sebenarnya yang diucap? Bila kita mengulas laporan Utusan Malaysia sebab Utusan Malaysia memang memfitnah dan memutarpelitkan kenyataan sebenar.

“Saya fikir isu ini bukan untuk mencegah dan menyelamatkan soal akidah kerana sebelum ini Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, langsung tidak dikritik oelh pemimpin Umno-BN pun dan juga kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menolak hukum hudud,” katanya.

Dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”yang berlangsung baru-baru ini, Nurul Izzah selaku penalis didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan hadir membuat penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sabtu lepas. - Liang Lahad

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment