Tuesday, November 27, 2012

Panas!! Skandal Scorpene : Najib adalah antara nama yg diberi tumpuan dlm 7 senarai saksi yg akan dipanggil

Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut. 
Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah. 

Maklumat tersebut dijelaskan dalam taklimat mengenai kes Scorpene yang melibatkan seramai tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat disampaikan peguam, Apolene Cagnat yang juga rakan kongsi peguam William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene yang didakwa membabitkan penyelewengan ratusan juta ringgit. Hadir sama mendengar wakil kedutaan Malaysia di Singapura. Cagnat ditemani peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri. Taklimat dihadiri ahli-ahli Parlimen daripada PAS, PKR dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat.

Taklimat sedang berlangsung di Hotel Changi Village, Singapura dan disampaikan secara LIVE di KLSCAH dihadapan wartawan dan blogger2 Pakatan Rakyat - Orenji Ren Oren

Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene 
SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.

“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.

Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.

Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40172

Taklimat Scorpene di Singapura
KUALA LUMPUR 27 November: Taklimat Scorpene oleh peguam Perancis sedang berlangsung sekarang di sebuah hotel di Singapura.
Taklimat yang bermula 12 tengahari tadi dimulakan dengan penerangan awal oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Taklimat itu disampaikan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan peguam Suaram.

Antara Ahli Parlimen yang hadir adalah Tian Chua (KEADILAN-Batu), Mohd Hatta Ramli (PAS- Kuala Krai) Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijangka memberi taklimat sebentar lagi.

Taklimat yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia Khamis lalu tetapi ditunda ekoran masalah kebenaran memasuki Malaysia.

Ia terpaksa diubah ke Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mengikut jadual asal, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham yang sepatutnya memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40165

Maklumat Lanjut Di SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment