Wednesday, November 7, 2012

Polis Johor buat report polis.??

Pernah tengok polis buat report polis? Aku tak pernah tengok. Dengar pun tak pernah. Tapi baru terdengar hari neh. Baru aku tahu. kah kah kah

Polis johor buat report polis ke atas paper malaysiakini dan malaysiainsider. Baca kat bawah neh sat ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Berita Harian - Polis Johor buat dua laporan polis berhubung artikel yang tersiar dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakini. Penulis artikel dan saksi yang dinamakan akan dipanggil beri keterangan.

Inilah cara mereka menakutkan rakyat. Keluarga kami ditekan dengan berbagai cara, demi untuk melindungi pihak tertentu.
Aku mengaku. Memang aku rasa kelakar. Bagi aku dorang kan polis. Kalau dorang dapati editor malaysiakini dan themalaysiainsider melakukan apa2 kesalahan dalam penerbitan artikel mengenai isu penahanan ahmad sepatutnya dorang terus bertindak.

Kenapa nak buat laporan polis pada masa polis johor itu sendiri ada kuasa untuk menguphold kerja2 penguatkuasa? So aku rasa pelik. Lepas tue gelak. Sebab kelakar.

Sebelum itu ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>

Seorang polis Johor berpangkat tinggi kata pada ayah saya, "Perkara ni terjadi (tangkapan kali kedua Ahmad Abd Jalil) disebabkan keluarga pakcik AMBIL LAWYER".


Mereka terkejut dua orang lawyers muda, Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan, yang mewakili Ahmad sebelum ini berjaya bina hujah dengan baik di hadapan Majistret hingga membawa kepada "pembebasan 5 minit" Ahmad sebelum ini.

Mereka sangkakan kes Ahmad ini mudah dan senang untuk diuruskan. Mereka tak sangka ahli keluarga bersatu menyokong Ahmad melalui apa cara yang termampu.  
Laaa.. takan amek lawyer pun salah? Of course la family nak defend ahli keluarga mereka. Ini logik akal. Berdasarkan kepada percampuran dan pergaulan aku dengan rakan2 polis yang sebenarnya seorang pegawai polis tak boleh keluarkan statement seperti di atas.

Pegawai polis tak boleh sewenang2 bercakap begini sebab akhirnya ia hanya akan memburukkan imej pdrm itu sendiri. Aku ada jek kekawan polis. Dorang banyak kali bagitau aku ada nya polis2 yang tak cekap buat kerja dan suka keluarkan kenyataan membabi buta. Disebabkan mereka pakai uniform biru ketika keluarkan kenyataan so rata2 masyarakat menganggap statement2 itu mewakili pdrm padahal tidak.

Tetapi nak salahkan persepsi masyarakat pun tak boleh bila pdrm sendiri tak amek tindakan dengan hanya melantik mereka2 yang benar2 berwibawa untuk jadi polis. Akhirnya rakan2 aku mengaku. Memang betul. Mereka tak salahkan persepsi masyarakat. Mereka lebih salahkan amalan 'kronisme' dalam polis. Jangan tatau dalam polis pun budaya orang aku, orang ko, pun ada.

Sambung balik isu di atas. Aku suspect la, just suspect. Bukan fakta oke. Yang sebenarnya yang menghina sultan tue orang lain. Bukan ahmad. Sebab sampai sekarang pdrm gagal kemukakan bukti penghinaan ahmad abdul jalil ke atas sultan johor.

Tapi kalau siyes ahmad yang hina aku mohon, yap, mohon sesangat kat pdrm agar kemukakan bukti. Kita takmo was2 dengan pdrm. Sejujurnya aku pun takmo was2 dengan pdrm meskipun melalui pengalaman pahit dengan pdrm. Pengalaman di bantai ketika bersih 2 dan dikejar macam orang gila dalam bersih 3 still hunted aku.

Aku hormat je pdrm. Aku percaya dalam pdrm memang ada orang2 yang baik. Buktinya kekawan polis aku. Aku percaya mereka ialah polis2 yang baik. So disebabkan aku percaya pdrm itu baik aku cadangkan pdrm kemukakan sahaja apa bukti yang si ahmad tue menghina sultan. At least satu persepsi dah mati. Persepsi pdrm tahan ahmad tanpa bukti. Boleh? - 
Sumber : Asiah abdul jalil  Sumber Artikel Dari :  Amenoworld.blogspot.com

Kaji Dulu... Kalau Tak, Boleh Jadi Fitnah

Senator Dr Syed Husin Ali, pagi ini di twitter beliau menyampaikan pesanan kepada semua pihak supaya membuat kajian terlebih dahulu terhadap mana-mana isu sebelum membuat sebarang ulasan mengenainya.



Tindakan sesetengah pihak yang terburu-buru membuat komen atau teguran tentang sesuatu isu dikhuatiri boleh menjadi fitnah ke atas pihak terbabit.


"Raja atau rakyat, politikus atau bukan, media cetak atau elektronik, patut kaji dulu sebelum buat komen atau teguran. Jika tak, boleh jadi fitnah."

Antara yang menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh media akhir-akhir ini adalah isu ulasan Nurul Izzah tentang Islam dan Melayu serta isu penghinaan terhadap Sultan Johor.

Senator Dr Syed Husin Ali adalah ahli aktivis, politik Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Di peringkat akar umbi beliau adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional. - Nusajaya Kini


PRESS: Bebaskan Ahmad Abdul Jalil serta merta

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang berasa kesal atas tindakan polis dalam mengendalikan kes Ahmad Abdul Jalil, seorang juruukur bahan (quantity surveyor) berumur 27 tahun yang sehingga kini telah ditahan oleh polis selama 5 hari atas dakwaan menghina Sultan Johor.

Dalam kes tersebut, pihak polis antara lain;
1) Gagal melaksanakan tugas dengan profesional serta melanggar Kanun Prosedur Jenayah Malaysia kerana sehingga kini tidak dapat menerangkan atas kesalahan apa Ahmad telah ditahan.

2) Gagal mematuhi hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana telah menafikan komunikasi Ahmad dengan peguam beliau sehingga kini.

3) Gagal memberi justifikasi mengapa perlunya Ahmad dibawa dari balai polis Wangsu Maju ke balai polis di Johor walaupun kesalahan didakwa berlaku di Kuala Lumpur di mana pihak polis telah memeriksa dan menyita peralatan komputer di rumah beliau di Kuala Lumpur.

4) Gagal mematuhi arahan Majistret Johor untuk membebaskan Ahmad dan sehingga kini terus menahan beliau.

Pihak polis perlu tegas melaksanakan tugas mereka untuk menjaga keamanan awam berlandaskan undang-undang serta perikemanusian walaupun terhadap mereka yang bersalah, ini sedangkan seorang pemuda yang tidak disabitkan kesalahan.

Daripada cara pengendalian kes yang tidak profesional dan gagal mematuhi kerangka undang-undang sedia-ada, DAPSY Pulau Pinang tidak menafikan mungkin wujudnya unsur aniaya terhadap Ahmad Abdul Jalil oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, kami menuntut supaya Ahmad Abdul Jalil dibebaskan serta merta kepada keluarga beliau dan Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan sepenuhnya kepada orang awam terhadap isu ini.

Setiausaha Publisiti
DAPSY Pulau Pinang

DAPSY Pulau Pinang tuntut Ahmad Abdul Jalil dibebas
GEORGE TOWN, 6 NOVEMBER: Pemuda DAP Pulau Pinang menuntut supaya Ahmad Abdul Jalil, yang ditahan kerana didakwa menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook dibebaskan segera.

Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim dalam kenyataan medianya kesal dengan tindakan polis yang mengendalikan kes Ahmad Abdul Jalil, seorang juruukur bahan berusia 27 tahun.

“Pihak polis perlu tegas melaksanakan tugas mereka menjaga keamanan awam berlandaskan undang-undang serta perikemanusian walaupun terhadap mereka yang bersalah,” kata Steven terhadap tindakan polis terhadap seorang pemuda yang tidak disabitkan kesalahan malahan dibebaskan Mahkamah Majistret.

Beliau menganggap pihak polis gagal melaksanakan tugas mereka secara profesional dan melanggar Kanun Acara Jenayah kerana gagal menjelaskan kesalahan apa menyebabkan Ahmad ditahan.

Beliau juga mengecam tindakan pihak polis yang menurutnya tidak mematuhi hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan kerana terus menafikan hak Ahmad untuk berkomunikasi dengan peguam beliau sehingga kini.

“Daripada cara pengendalian kes dianggap tidak profesional dan gagal mematuhi kerangka undang-undang sedia-ada, DAPSY Pulau Pinang tidak menafikan mungkin wujudnya unsur aniaya terhadap Ahmad Abdul Jalil oleh pihak tertentu,” ujar Steven yang juga Pegawai Eksekutif Penang Institute.

“Kami menuntut supaya Ahmad Abdul Jalil dibebaskan serta merta dan Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan sepenuhnya kepada orang awam terhadap isu ini,” katanya.

Ahmad Abdul Jalil ditahan polis lewat malam Jumaat lalu atas tuduhan menghina Sultan Johor di laman sosial, Facebook dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapat perintah reman. Selepas dibebaskan majistret, beliau ditangkap semula atas pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. – Roketkini.com 
Maklumat Lanjut DI SINI

Nota : ADMIN sangat setuju dengan SARANAN dari 
Senator Dr Syed Husin Ali.. Fikir dulu sebelum memberi sebarang ULASAN terhadap sesuatu ISU2 ..Elakkan dari memberi sebarang KENYATAAN @ Komen yg boleh menimbulkan KONTROVERSI..




Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment