Wednesday, November 28, 2012

Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan : Gadis bawah umur di ROGOL dan di BUNUH dengan kejam!!!

Gadis Di Bunuh Dengan Kejam di Kota Marudu Sabah
Menurut sumber dari facebook, seorang gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan.  Mangsa ditemui pada 1p.m pada hari kelmarin 26.11.2012.
Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.

Dalam kejadian bermula pada pagi kelmarin, mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan Ghosen.

Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai.

Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai2 lain yang menawarkan kerja kosong).

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki.
Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.

Sumber daripada individu yang boleh dipercayai melapurkan bahawa dalam kejadian ini seorang saksi nampak mangsa di humban dari sebuah lori bertempat disimpang 3 depan jalan meghala ke SK Ranau-Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu.
Sumber : SAPP Media Kota Marudu


BANGSATNYA PTI ( merogol dan bunuh norikoh)

bahasa bangsat hanya sesuai untuk si bangsat yang sanggup melakukan sesuatu yang namanya perbuatan bangsat dan biadap. memang itulah yang paling sesuai.

bagi saya tiada paling bangsat ialah mereka yang membunuh tanpa sebab dan paling bangsat yang merogol dan membunuh gadis 15 tahun namanya norikoh di kota marudu kelmarin dulu.

bayangkan saja norikoh ini adik atau anak kamu dan apakah kamu diam?

Islam memang sudah menjelaskan hilang telinga balas dengan cara menghilangkan telinga dan bunuh demikian hakikat meski allah berfirman bersabar itu lebih baik.

kalaulah adik anak atau pupu saya sedemikian diperlakukan, maka tahulah kesannya nanti perogol dan pembunuh berkenaan apa saja bakal saya lakukan.

kenapa jadi demikian? dan kenapa selama ini saya berbicara soal PTI yang konon menteri federal kata sabah selamat dan ramai kata sabah selamat. Selamat apa?

BN demi kemenangan, sanggup mereka lakukan apa saja dan sanggup kasih IC pendatang untuk kekalkan kuasa di election akan datang dan itu sebab di Sabah UMNO punya ahli teramai di Malaysia iaitu hampir 500,000 orang dan dari mana mereka datang?

Fikirkanlah duhai saudara2ku. sabar ada hadnya kala sampai waktu kita harus bertindak serentak, seirama, satu warna pangkah pakatan demi hak dan rakyat sabah keseluruhannya.

reformasi

ISMAILY BUNGSU
SABAH

Lelaki Pakistan Ditahan – Mayat Gadis Tingkatan Empat Ditepi Jalan
KOTA MARUDU - Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian gadis sekolah menengah di Kampung Ranau, di sini tempoh hari.

Pemangku Ketua Polis Kota Marudu, Asisten Superitendan Kamarudin Sulaiman berkata suspek berusia 40an ditahan di sebuah bangunan berhampiran pekan berkenaan kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil membantu siasatan kes.

“Kita masih siasat punca kematian mangsa yang ditemui terbaring tepi jalan berhampiran Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu,” katanya.

Terdahulu, gadis yang merupakan pelajar sekolah menengah tingkatan empat itu, Norikoh Saliwa,16, berbangsa Dusun dan berasal daripada Kampung Bombong 1 itu ditemui sekitar jam 12.40 tengah hari pada Ahad lepas itu.

Turut difahamkan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa dan mayat gadis berkenaan telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk proses bedah siasat. - Borneopost

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment