Friday, November 16, 2012

Panas!!! Usaha cybertroopers Umno dirosakan oleh makcik ini ??

Tak habis habis makcik sorang ni buat hal disaat saat dia diperlukan duduk diam diam dalam gua tak ganggu kerja laki dia dan orang lain yang turut membantu nak bagi parti laki dia menang pilihanraya.Tak kiralah video dibawah ini lama atau baru,majlis tertutup atau terbuka tapi siperlaku dalam video ni tetap dia dan itu yang jadi persoalan pokoknya.

Seingat aku belum pernah dalam sejarah negara ini ISTERI SEORANG PERDANA MENTERI diumpat dan dikeji sedemikian rupa hampir sepanjang masa.Begitu ramai rakyat baik dalam parti laki dia pimpin apatahlagi dipihak pembangkang yang BENCI dan MELUAT dengan perangai dan kerenah makcik sorang ini sejak sekian lama.Tak pernah tak ada hari tanpa ROSMAH yang dibicara dan di lawakkan oleh rakyat baik dimana saja.

Ramai rakyat benci Tun Mahathir tapi rakyat tetap sayang dan hormat pada Tun Siti Hasmah.Rakyat meluat kat Pak Lah...tapi rakyat tak kutuk baik Allahyarhamah DS Hendon atau pun Tun Jean.Ini bezanya bila @NajibRazak jadi PM...Siapa yang berani menafikan nya,

Begitu ramai penyokong @NajibRazak yang dah naik letih dengan perangai bini dia yang dari masa kesemasa mencetuskan kontrovesi yang membantutkan usaha mereka semua dalam usaha memperkasakan kembali Umno yang dah teruk dilemahkan oleh Pak Lah.Ada yang berani menegur tapi majoritinya buat bodoh je tak tahu nak kata apa lagi...

Dikalangan cybertroopers Umno pun tak terkecuali juga letih,bila usaha mereka siang dan malam dirosakan oleh makcik ini dengan kerenahnya,Bila ada yang berani bersuara menegur maka sekor duaBLOGGERS BELAAN ROSMAH akan mula menyerang mereka dengan macam macam serangan menggunakan BLOGGERS MENGKARUNG mereka.Macamlah dunia blogsphera ini tak kenal dan tak tahu bloggers mana yang dibela ROSMAH selama ini.

Hanya kerana mendapat HABUAN LUMAYAN mereka takut nak menegur bahkan bertindak sebagai PEMBELA dengan menuduh teguran kami sebagai konon nya nak merosakan imej isteri Perdana Menteri.Saksikan sendiri video dibawah dan fikirkan sendiri apakah perangai sebegini WAJAR bagi seorang isteri Perdana Menteri yang ingin dihormati rakyat? - APA
Gelek Wassatiyah oleh isteri pemimpin wasssatiyah..

Kerana mu Rosmah....ku tunda pilihanraya : Bisik hati Najib....hahaha.... Klik SINI
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment