Friday, November 23, 2012

PANAS!! PAK MENTERI MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KES ROGOL +VIDEO


AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah. “Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.
“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Dipetik dari: ALIF FIKRI, keadilandaily.com



Di bawah pula adalah kenyataan rasmi oleh badan NGO Indonesia, 'Migrant Care' yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pembantu-pembantu rumah dari Indonesia berkaitan isu ini...
Kalau tak berapa nampak tulisan daripada surat yang dihantar oleh adik Robengah sendiri kepada Migrant Care, boleh baca kandungan surat ini secara ringkas di bawah ini :

“Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07,”

“Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia,” “Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya,” - SUMBER

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment