Thursday, November 1, 2012

Panas!! MP BN buka PEKONG kenapa syorkan AES ditangguhkan

AES
MP BN: PRU dekat, AES tak sesuai sekarang
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.

"Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.

"Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," katanya kepada Sinar Harian Online melalui SMS, pagi ini.

Sebelum ini, pembangkang dengan lantang membantah dan meminta kerajaan menangguhkan pemasangan kamera AES.

Empat kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat mahu AES ditangguhkan. Semalam, Pemuda Umno juga mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES.

Dalam pada itu, beberapa Ahli Parlimen BN turut membantah pemasangan sistem itu termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan seperti Cuepacs, yang menggesa kerajaan menangguhkan dan mengkaji semula lokasi operasi AES yang dilihat tidak bersesuaian.

Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.

"AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya," katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan. SH

Petikan : "Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya. "Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," 

Rupa2 nya ada udang disebalik mencadang agar Perlaksanaan AES ditangguhkan..DEMI UNDI bukan kerana Kebajikan RAKYAT!!!!! 

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment