Thursday, November 1, 2012

Panas!! Menteri perlekeh JPJ

Menteri sendiri mengaku JPJ x ada kepakaran??? Tak percaya kpd kakitangan JPJ ka?? Nak pasang kamera pun x reti?? Apa yg reti??? - Zul Hazmi

Pemasangan AES tidak dilakukan JPJ kerana tiada kepakaran, kata menteri
KLANG, 1 Nov — Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan tidak memberi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah kerana agensi terbabit tidak mempunyai kepakaran dan melibatkan kos yang tinggi.

“Ia tidak diberikan kepada JPJ kerana kos yang tinggi dan mereka tiada kepakaran,” kata Kong.

“Proses pemberian hak pemasangan kepada pihak luar tersebut bukan baru, malahan ia juga dilakukan oleh negara lain.”

Di samping itu juga, Kong enggan memberi komen kepada gesaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin Umno supaya pemasangan AES ditangguhkan.

“Saya tidak boleh beri komen mengenai perkara itu, tetapi setahu saya Umno hanya mahukan penjelasan dan bukannya penangguhan.

“Mengenai pembangkang yang mengatakan pemberian saman AES menyalahi undang-undang, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah,” tambah beliau.

Kong juga membidas tindakan kerajaan PR yang mahu menghentikan pemasangan AES di empat negeri mereka sambil menyifatkan ia tindakan tidak bertanggungjawab.

“Langkah pembangkang itu buktikan mereka tidak mementingkan rakyat mereka, AES ialah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kematian di jalanraya,” kata pemimpin MCA itu lagi.

Penggunaan AES menjadi isu dan modal yang dibangkitkan oleh PR untuk menghentam Putrajaya sambil menyifatkan pelaksanaan tersebut hanya membebankan rakyat dan menguntungkan kroni.

Dua syarikat yang diberikan tanggungjawab dan mengendalikan kamera kontroversi tersebut ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd dengan kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam menggesa pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang dikeluarkan AES sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata beliau di Parlimen.

Dalam perkembangan lain melibatkan isu tersebut, Kementerian Pengangkutan akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara tindakan empat kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri masing-masing. - MI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment