Wednesday, November 7, 2012

Panas!! Ketua UMNO Bahagian Murtad??.. Hassan Aqidah Pengsan?? Hidup Melayu!!!


Parti Melayu terbesar dan terkuat?
Ni Dia Ketua Bahagian Umno Yang Beragama Kristian Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.

Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam, memadai jika mereka memegang status bumiputera. Rujuk SINI

Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan.Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.

Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.Lihat seterusnya.. SINI

kristian pun sokong umno, jadi kenapa orang melayu perlu tolak? – john ambrose
KUALA LUMPUR, 9 Feb. – UMNO bukan hanya untuk orang Islam atau memperjuangkan orang Melayu sahaja tetapi ia adalah parti yang menjaga kepentingan semua kaum tanpa melihat kepada perbezaan agama atau kepentingan bangsa tertentu sebaliknya meliputi semua warga Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose yang merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian hairan dengan sikap segelintir pihak khususnya bangsa Melayu dan orang Islam yang menolak perjuangan UMNO.

“Saya merayulah kepada pengundi-pengundi di Kelantan dan di mana-mana agar menyokong UMNO dan saya sudah masuk UMNO sejak penubuhannya di Sabah sehinggalah ke hari ini saya tidak akan tukar parti kerana idealoginya jelas dan tidak berubah-ubah,” katanya dalam wawancara eksklusif kepada UMNO-Online.

Ujarnya, beliau akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak biarpun berbeza agama dan bangsa tetapi dalam idea berpolitik matlamatnya adalah sama.

“Saya berpendapat bahawa orang-orang Melayu harus memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib kerana dialah pejuang orang Melayu dan dia juga adalah pejuang kepada orang bukan muslim yang secara langsung adalah pejuang untuk Malaysia.”

Maklum beliau, di Bahagian Penampang, bukanlah satu kelainan apabila UMNO dianggotai oleh bukan Islam apatah lagi kebanyakan mereka ketua cawangan dan ahli jawatankuasanya juga adalah non-muslim bumiputera.

“Kekuatan kita adalah kerana kesatuannya dan jentera kita di sini adalah ahli-ahli UMNO yang hidup dalam satu kesatuan tanpa melihat kepada perbezaan agama atau bangsa tetapi apa yang penting adalah untuk telah membantu calon-calon BN di Penampang apabila tibanya pilihan raya.

“Kita pernah menang dengan majoriti tertinggi dalam negeri biarpun kalau melihat kawasan ini di mana pengundinya adalah lebih 40 peratus non-muslim bumiputera, selain lebih 40 peratus berbangsa Cina dan hanya kurang daripada lapan peratus sahaja Melayu, tetapi kita mendapat sokongan penuh hasil daripada keikhlasan bumiputra Kadazan-Dusun-Murut (KDM) di sini.”

Tambahnya lagi, tiada alasan untuk menolak UMNO dan kepimpinan Perdana Menteri yang menerajui BN apatah lagi pendekatan Datuk Seri Najib yang turun padang dan mendekati rakyat tanpa melihat kepada apa-apa perbezaan pun.

“Saya bukan Yang Berhormat atau mempunyai kuasa tetapi beliau sangat akrab dengan rakyat sehinggakan sanggup datang ke Penampang untuk meraikan sambutan rumah terbuka Krismas yang lalu malahan cara beliau bercakap tentang Islam tidak pernah menonjolkan bahawa beliau rasis.

“Orang Sabah ada kelebihan iaitu KDM adalah orang UMNO, yang diwakili dari komuniti kristian dan menjadi penyokong kuat UMNO jadi mengapa pula orang Islam di Semenanjung tidak mahu menyokong UMNO sedangkan idealoginya amat jelas dan tidak pernah berubah?”

Tegasnya lagi, kesatuan dalam UMNO dan BN akan memberikan kemenangan kepada BN lebih dua pertiga. – MediaUMNO
Perlembagaan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.



terdapat lebih dari 400 ribu dari 3.3 juta warga kristian dalam parti umno selama ini, apakah mungkin suatu hari nanti umno akan dipimpin oleh bukan islam? 

jika dirujuk pada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) sebagai seorang yang beragama Islam sama ada ahlul sunnah wah jemaah, syiah, wahabi, salafi atau apa saja.

arakian mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. seorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka berada di Persekutuan atau di Singapura.

menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan menjadi pemimpin parti keris yang hampir menyembah bumi ini?

perkara beginilah yang sangat merunsingkan hasan ali mengenai status umno yang bakal di kristiankan, anda juga pasti tahu hasan ali pasti tidak akan dapatmenerima hakikat ini kerana umum tahu hasan ali mengidamkan kerusi empukenteri besar selangor. - Era Pasca



Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian Bahkan Ahli sendiri pun dah ada yg MURTAD .

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment