Saturday, November 24, 2012

Panas!! Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah.


Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
kahkahkah kahkahkah kahkahkah korang jangan harap la polis nak amik tindakan, bukan kerana polis tak buat kerja, tapi polis kene bekerja untuk tutup kebenjatan UMNO, sebab kalau bukak nanti melayu gado melayu cina tepuk tangan... kah3

“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya. -KD

Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah.
Bagi aku neh kes kecik. Cara nak selesaikan kes neh pun senang jek. Itupun kalau UMNO sudi la nak dengar pandangan aku.

Pendapat aku ;
1. Dosa yang tak terkantoi bermaksud Allah swt bagi ko peluang dan ruang untuk bertaubat dalam kesedaran ko sendiri. Sebab tue ko asyik terselamat jek.

2. Tapi dosa yang dah terkantoi contohnya kena serbu time minum arak apa seme.. itupun Allah swt bagi peluang dan ruang juga untuk ko berubah.. tetapi dengan kesedaran orang ramai.

Maksudnya sahabat2 ko, keluarga ko dan sesiapa yang mengenali ko dah patut bertanggungjawab untuk mengeluarkan ko dari dosa tersebut. Bahkan umno dan kerajaan juga harus memainkan peranan sebab perbuatan dia dah terdedah.

3. Aku tak gemar salahkan umno secara general dalam kes neh. Bagi aku macam mana la satu2 parti itu mampu menentukan sikap setiap ahli2 mereka. PR begitu, BN juga begitu.

Tetapi, walaupun tak boleh membanteras at least BN dan UMNO khususnya boleh mengawal dengan mengambil tindakan tertentu. Contohnya tarbiah dan hukum. Kalau boleh bagi warning agar dia ubah sikap dan jika enggan keluarkan dia dari jawatan yang dia sandang supaya tak malukan umno secara tidak langsung.

4. Dan bila umno tak berbuat demikian..jangan salahkan persepsi masyarakat terhadap anda. Walaupun kita tak boleh tentukan apa2 yang setiap ahli2 kita nak buat tetapi kita boleh menghukum mereka bila mereka buat salah.

Jika kita taknak hukum mereka maka kita salahkan diri kita bila orang pandang serong terhadap diri kita, jangan salahkan PR kalau individu tertentu terkantoi lebih2 lagi kalau dia menjadi wakil calon bn or bertanding untuk mempertahankan jawatan dalam parti umno. Sendiri yang cari nahas beb. Lue fikirlah sendiri. Bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/ketua-pemuda-umno-ditahan-polis-bersama.html#ixzz2D9uVIyrm

UMNO dan Arak memang tak boleh dipisahkan kikikiki

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment