Friday, November 23, 2012

MEMBANTU GAZA BUKANLAH DENGAN CARA MENYERU AGAR SEMUA PIHAK BERTENANG

MEMBANTU GAZA BUKANLAH DENGAN CARA MENYERU AGAR SEMUA PIHAK BERTENANG DAN MENGHANTAR PERWAKILAN UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KE ATAS PARA SYUHADA’….CARA YANG BENAR UNTUK MEMBANTU GAZA ADALAH DENGAN MENGHANTAR PASUKAN TENTERA YANG GAGAH PERKASA YANG AKAN MENGGONCANGKAN ENTITI YAHUDI PAGI DAN PETANG!!!
 
[SN328]Selama empat hari berturut-turut, Gaza telah diserang dan dibom oleh entiti Yahudi dari darat, laut dan udara. Puluhan orang syahid dan ratusan lain mengalami kecederaan.Para penguasa negeri kaum Muslimin pula, khususnya yang ‘mempunyai hubungan nasab yang amat rapat’ hanya sibuk menghitung jumlah para syuhada’ dan jumlah yang tercedera. Tampaknya mereka berlumba-lumba menyatakan penolakan dan pengingkaran terhadap serangan entiti Yahudi ini. Namun kita dapat perhatikan bahawa mereka hanya memprotes dengan seruan yang begitu lembut, bahkan tak lebih dari tong kosong sahaja! Menteri Luar Qatar, penaja entiti Yahudi di kawasan tersebut, ‘memperingatkan dan mengancam’ dariistana mewahnya bahawa serangan Yahudi, ‘tidak boleh berlalu begitu saja tanpa hukuman!’. Lalu mereka berkomunikasi antara satu sama lain, ‘berbincang’mengenai penderitaan yang terjadi di Gaza. Mereka menampakkan ‘kesedihan’ atas apa yang terjadi. Mereka saling berjanji untuk mengirimkan orang tengah bagi menenangkan suasana dan mengirim delegasi belasungkawa (takziah)… 

Namun, pengeboman ke atas Gaza terus berlangsung tatkala delegasi ada di depan mereka. Tidak pernah ada apa-apa tindakan yang konkrit dari para penguasa ini, malah mereka sejak sekian lama tetap berpeluk tubuh!!!! Bahkan, cara mereka memulakan hari mereka adalah dengan mengatakan, “Saya telah, sebentar tadiberkomunikasi dengan presiden Amerika, Obama dan kami telah berbincang mengenai betapa pentingnya serangan ini dihentikan agar ia tidak berulang lagi…”. Mereka memulakan hari mereka dengan berbincang bersama pelindung entiti Yahudi, Obama, sekitar pentingnya serangan ini dihentikan!!! Inilah yang mereka lakukan untuk mengawali hari mereka dan bukannya memulakan hari dengan melakukan solat Subuh dan menggerakkan pasukan tentera untuk membela darah warga Gaza yang ditumpahkan oleh tangan-tangan Yahudi!!

Pepatah Arab ada mengatakan, “darah dibayar dengan dan kehancuran dibayar dengan kehancuran”. Namun apa yang dilakukan para penguasa ini bukanlah seperti apa yang disebutkan oleh pepatah, sebaliknyamereka memulakan hari mereka dengan berbual dengan Obama!!Lebih menyakitkan dan ironisnya, ketika mereka ditanya, “Kalau begitu apakah bezanyakamu dengan penguasa yang telah tumbang?Dahulu, mereka juga menarik duta besar mereka, menyatakan kritikan dan penolakan atas serangan dan berkomunikasi dengan Obama?”Mereka menjawab, “Ada bezanya! Kami melakukan semua ini dengan segera sedangkan penguasa yang telah tumbang dan para pendukungnya, melakukannya dengan lambat!”

Wahai kaum Muslimin!

Apa yang berlaku ini sungguh aneh - negeri kaum Muslimin dijajah dan diduduki danhal pembebasannya dibahaskan di mana semua penyelesaian dibincangkan KECUALI penyelesaian yang benar (tidak dibincangkan). Seluruh masyarakat dunia, terutamanya umat Islam telah disesatkan dari realiti sebenar masalah. Entiti Yahudi seolah-olah merupakan sebuah negara yang sah yang berdiri tegak di mana di sana terjadi masalahpersempadanan antara umat Islam dan kaum terlaknat itu. Bagi mengatasi masalah ini, penguasa kaum Muslimin mengikat perjanjian-perjanjian di Camp David atau diWadi Arabah atau di Doha atau di tempat-tempatlain, secara rahsia dan juga terang-terangan. Lalu merekaserukansupaya undang-undang antarabangsadihormati agar tidak terjadi peperangan di antara negara-negara. Kemudian mereka mencari orang tengah, baik dari dalam negeri, kawasan serantau atau antarabangsa untukmenyelesaikan hal ini dan mereka beranggapan bahawa merekatelah berhasil menjunjung tinggi kebenaran dan mereka beranggapan bahawa Allah melepaskan kaum Mukminin dari kewajiban untuk berperang…

Masalahnya tidak demikian wahai kaum Muslimin. Faktanya adalah bahawa Yahudi telah merampas Palestin, mengusir warga Palestin dan mendirikan negaranya di sana. Sesungguhnya negara Yahudi itu tidak akan lenyap dan Palestin tidak akan kembali kepada warganya, kecuali dengan sebuah pasukan tentera yang kuat, yang  beriman, yang menyahut perintah Allah ke atas orang-orang yang memerangi kita dan mengusir kita dari negeri kita,

“Dan perangilah mereka di mana sahaja kamu jumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu” [TMQ al-Baqarah (2):191].

Hanya mereka yang jahil, yang telah Allah tutupi hati, pendengaran dan penglihatan mereka sahaja yang tidak dapat melihat penyelesaian ini. Adakah wujud penyelesaian lain untuk mengembalikan Palestin kepada warganya selain melenyapkan entiti yang merampasnya dan mengusirnya dari tempat di mana warga Palestin diusir??

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya musibah kita ini disebabkan oleh para penguasa kita dan kelompok yang mendukung mereka…Mereka menyebarkan anggapan di tengah-tengahumat bahawa kita tidak mampu memerangi Yahudi, kita tidak punya senjata seperti mereka dan tidak punya pendukung seperti mereka!

“Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta” [TMQ al-Kahfi (18):5].

Sebenarnya, kita (negara-negara kaum Muslimin) mengelilingi Yahudi dari segala arah. Senjata kita juga banyak…akan tetapi semua senjata ini tidak kelihatan ketika melawan Yahudi atau kaum kafir imperialis. Sebaliknya senjata ini hanya muncul ketika memerangi penduduk negeri-negeri kaum Muslimin sendiri…dan terhadap kumpulan bersenjata di Sinai yang mempersenjatai diri mereka untuk memerangi entiti Yahudi perampas Palestin. Senjata ini hanya muncul untuk memerangi manusia, pokok-pokok dan bebatuan di Syria. Kita melihat bermacam jenis senjata rejim zalim Syria yang belum pernah kita lihat sebelum ini digunakan ke atas penduduknya sendiri!! Senjata kita juga tampak dari jet pejuang Pakistan yang mengebom kaum Muslimin, sebagai bantuan untuk Amerika. Senjata kita hanya tampak dalam tindakan represif ke atas masyarakat di Sudan pada waktu di mana selatan Sudan dibiarkan…! 

Begitulah juga dalam perkara-perkara lainnya yang dilakukan oleh para penguasa tanpa rasa malu sedikit pun kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin.Sesungguhnya, atas apa yang diucapkan oleh para pendukung Yahudi, Allah adalah Pelindung kita dan mereka tidak punyai pelindung.

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung” [TMQ Muhammad (47):11]. 

Sesungguhnya para penguasa itulahyang merupakan pendukung utama entiti Yahudi. Mereka melindungi Yahudi dan menyesatkan umatmengenai‘kekuatan’ entiti ini, padahal seandainya dibuka ruang kepada pasukan kaum Muslimin untuk berjuang dengan benar dan ikhlas, nescaya mereka akan mendapati bahawa kekuatan entiti ini lebih rapuh dari sarang labah-labah…

Wahai kaum Muslimin!

Darah warga Gaza yang suci lagi bersih tidak akan dapat dibela oleh orang tengah yang ‘neutral’ yang mengunjungi Gaza untuk menenangkan suasana. Darah warga Gaza juga tidak akan dapat dibela oleh delegasi yang datang untuk mengucapkan belasungkawa dan pernyataan berapi-api dari raja, presiden dan amir yang tidak lebih merupakan tipu muslihat, walhal di sebalik pintu, mereka hanya tertawa!! Mereka tidak pernah menjadikan Yahudi sebagai musuh dengan serius, bahkan sama sekali tidak ada kesungguhan dari mereka…Mereka juga tidak mengambil orang-orang yang bijak-pandai dari umat ini untuk duduk di jawatan-jawatan penting. Mereka hanya mengambil orang-orang yang hatinya buta, yang hanya tahu berjabat tangan dengan penguasa ini dan itu dan yang hanya tahu mengucap takziah atas musibah yang mereka hadapi - padahal entiti Yahudi terus mengebom mereka tatkala delegasi takziah itu masih tetap ada di samping mereka…!

Sesungguhnya darah warga Gaza tidak akan dapat dibela dengan cara ini dan itu. Ia hanya boleh dibela dengan pasukan tentera yang bergerak dari Sinai, Sungai Jordan, selatan Lithani dan Golan; baik semuanya atau sebahagiannya, menghadapi entiti Yahudi. Darah warga Gaza hanya boleh dibela dengan pasukan tentera yang mengusung sumpah Abu Bakar ra yang (apabila bergerak) akan menyebabkan musuh lupa dari segalanya kecuali kemusnahan dan kematian. Beginilah wahai kaum Muslimin, bagaimana darah warga Palestin dahulu dibela dengan tangan-tangan tentera Salahuddin danAz-Zahir Baibars. Beginilah darah warga Palestin wajib dibela dengan tentera kaum Muslimin yang semangatnya membara untuk memerangi entiti Yahudi…Hanya dengan cara ini sahajalah darah warga Gaza yang suci dapat dibela, bukan dengan cara yang lain. Tidak seorang pun yang sihat akalnya akan mengatakan bahawa ada cara lain, kecuali dia sendiri termasuk dari kalangan orang yang buta mata dan fikiran, buta dunia dan buta akhirat.

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)” [TMQ al-Isra’ (17):72].

Wahai tentera siddiqqin di dalam pasukan kaum Muslimin!

Tiadakahdi antara kalian orang yang cerdik-pandai yang dengannya para penguasa terpaksa memperlakukan Yahudi dengan perlakuan perang secara benardan ia menggerakkan pasukan tentera untuk mencabut entiti Yahudi ini…?

Tiadakah di antara kalian seorang yang teguh dan beriman yang dapat mematahkan tongkat para penguasa, sehingga ia menggerakkan kompeni dan batalion di dalam jihad yang dicintai Allah dan RasulNya untuk mencabut entiti perampas ini dari akar-akarnya? Tembakan senjata oleh batalion ini akan diikuti oleh tembakan dari batalion-batalion lain tanpa dapat dihentikan oleh para penguasa yang zalim dan jahat itu. Begitulah seharusnya keadaan orang-orang yang berlumba-lumba kepada kebaikan dan kemenangan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”[TMQ Muhammad (47):7]. 

Tiadakah di antara kalian orang yang cerdas akalnya yang mahu menolong (agama) Allah, RasulNya dan hamba-hamba Allah yang berjuang untuk menegakkan al-Khilafah? Dengannya kalian akan mengembalikan sirah perjuangan kaum Ansar dan akan menyaksikan kemuliaan dunia dan akhirat. Allah akan memuliakan kalian dengan terealisasinya berita gembira dari Rasulullah SAW melalui penegakan kembali al-Khilafah di atasmanhaj kenabian melalui tangan-tangan kalian. Berita gembira Rasulullah SAW mengenai perang dan kemenangan kaum Muslimin ke atas Yahudi juga akan dapat direalisasikan. Dengan semua itu, kalian akan meraih kemuliaan dunia dan akhirat dan ini merupakan khabar gembira bagi seluruh kaum Muslimin.

Wahai tentera-tentera siddiqqin!

Sungguh HizbutTahrir adalah pemberi nasihat yang amanah untuk kalian. Ingatlah bahawa Allah sering memunculkan para wira di titik-titik penting di sepanjang sejarah. Maka jadilah kalian sebahagian dari mereka itu, sebagai wira yang muncul di titik mutakhir abad ini…

Ayuhlah bersamaHizbutTahrirdalam membantu untuk menegakkan DaulahKhilafah danmengembalikan kemuliaan Islam sehingga ada seorang Khalifah yang kalian berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya…

Ayuhlahbersama dalam menegakkan mahkota Islam, jihad, sehingga kemenangan dapat dicapai atau mati dalamkesyahidan…

Ayuhlah bersama dalam perniagaan yang akan membebaskan kalian dari azab yang pedih dengan mengikuti ucapan yang paling baik dan paling benar, firman Allah SWT,

“Berangkatlah kalian baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” [TMQ at-Taubah(9):41].
 
3 Muharram 1434H
17 November 2012M
HizbutTahrir


[Artikel di atas adalah keluaran HizbutTahrir Pusat yang disebarkan ke seluruh dunia, diterjemah dan disunting dari Bahasa Arab]


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment