Monday, November 26, 2012

Gempaq!! Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi

Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh.
Dari jumlah 530 rakan Fb saya yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.

Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.

Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu makenisme untuk mengetahui mood anak-anak muda.

Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai fan page saya jauh mempercayai dan menyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengistyarkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta syaksyiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab fan page Merah Tinta MSO.

Dikala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh Ngo Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7:00 petang tadi dan akan ditutup jam 1:00 pagi nanti.

Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. [wm.kl. 11:32 am 26/11/12] - MSO

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment