Sunday, November 11, 2012

Kes Hina Sultan Bercelaru dan Pelik? Ahmad Abd Jalil atau Zul Yahya.. polis sedang memburu 2 lagi individu??? +Video

Setelah dengar 2 video tu, aku rasa aku pun mungkin silap, terus terima dakyah polis yang kata id facebook Zul Yahya tu milik Ahmad Abd Jalil sedangkan sampai hari ni polis langsung tak kemukakan sebarang bukti yang jelas menunjukkan id tu milik Ahmad Abd Jalil.
Mula-mula sekali aku nak minta maaf kalau ada yang tersalah persepsi lepas baca artikel aku pagi tadi "Pencerahan - Pasai apa pulak kita kena sokong Ahmad Abd Jalil yang sah Umno ni???"

Terutama sekali kepada keluarga Ahmad Abd Jalil pasai ada yang bagitau keluarga Ahmad tak berapa puas hati dengan artikel aku tu.

Cumanya, artikel aku tu berdasarkan persepsi yang aku dapat bila baca laporan yang aku jumpa dalam media baru dan aku yakin bukan aku sorang yang dapat persepsi macam tu.

Isu yang sebenarnya sekarang ni, betul ka id facebook Zul Yahya tu memang milik Adam Abd Jalil macam yang polis dakwa?

Sebelum tu, bagi yang belum tengok dan dengar 2 video kat bawah ni, elok dengar dulu sebelum buat apa-apa rumusan.
Video ucapan mak Ahmad Abd Jalil [Sumber:Facebook]

Video ucapan ayah Ahmad Abd Jalil [Sumber:Facebook]

Setelah dengar 2 video tu, aku rasa aku pun mungkin silap, terus terima dakyah polis yang kata id facebook Zul Yahya tu milik Ahmad Abd Jalil sedangkan sampai hari ni polis langsung tak kemukakan sebarang bukti yang jelas menunjukkan id tu milik Ahmad Abd Jalil.

Tambah-tambah pulak bila nampak cukup jelas macam pihak polis nak sembunyikan sesuatu dalam mengendalikan kes Ahmad Abd Jalil ni.

Aku rasa hangpa elok baca analisa yang blog Amenoworld buat, "Ahmad is Ahmad, Ahmad bukan Zul Yahya" untuk dapat lebih pencerahan, atau lebih tepat lagi keraguan berkenaan kes Ahmad Abd Jalil ni.

BTW, aku memilih untuk setuju macam pandangan blogger Amenoworld yang Ahmad is Ahmad dan Zul Yahya is Zul Yahya dan Ahmad Abd Jalil bukannya Zul Yahya. Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/11/pencerahan-2-bukti-yang-zul-yahya.html#ixzz2Bvjnf1XI
Ahmad is Ahmad, Ahmad bukan Zul Yahya.
Problem, PDRM?

Bagaimana PDRM boleh kenakan 2 pertuduhan ke atas batang tubuh ahmad tanpa mengemukakan bukti bahawa ahmad ialah zul yahya? Itu persoalan penting tue.

Then, dua pertuduhan itu pula tuduhan yang serupa. Aik. Boleh buat dua tuduhan yang serupa atas individu yang sama?

A dituduh mencuri kepsi. Ikat jamin rm5k.
A dituduh sekali lagi iaitu mencuri kepsi. Ikat jamin rm5k.
Total ikat jamin rm10k. Tuduhan? Mencuri kepsi. Ikat jamin? Atas dua tuduhan. Jenis2 tuduhan? Curi kepsi. Aik..

Kronologi
1. Mula2 ahmad ditahan. Ketika dia ditahan tue time orang seme sedang sibuk2 nak cuti apa bagai. Rujuk sini.

2. Lepas tue kita dapat tahu rupanya ia berkaitan rapat dengan satu posting zul yahya. Rujuk sini.

3. Tatau macam mana polis boleh link kan ahmad = zul yahya. Hasil tinjauan aku ke atas fb zul yahya tue.. sebelum nama zul yahya tue kecoh2 aku dapati account fb dia memang semacam. Tapi takmo tuduh2. Apa yang membuatkan aku rasa semacam?

- Tengok usia dia. Lahir tahun 87. Ramai jek yang lahir tahun 87 minat politik. Tapi bukan itu jek yang dorang akan minat semata2. Dari fb dia aku tengok macam itu jek yang dia minat semata2. Aku terpaksa cakap, ini pelik. Takde ke minat artis kpop macam aku? Wakaka..

- Lepas tue komen2 dia. Hanya semata2 komen bab politik jek. Takde ke komen benda lain? Pasal makan ke pasal bola ke apa ka? Haram. Usah kata orang2 muda, orang2 tua pun tak komen pasal politik jek 24 jam beb.


Atas neh url fb dia. Nama yang tertera ialah Ibrahim Osman. Ini membuktikan bahawa zul yahya ialah account fake. Macam account yang diberikan nama2 artis. Ada kan nama artis ibrahim Osman? Zul Yahya? Dorang tue pelawak kan? Kenapa nama2 pelawak ini yang dipilih?

Aku tatau. Rasanya tak penting pun untuk tahu.

Yang pasti sekarang polis sedang memburu 2 lagi individu yang dikatakan menghina sultan johor. Satu tue dah lari ke thailand. Satu lagi sedang bersembunyik. Yang pelik kenapa Ahmad yang jadi mangsa sedangkan ahmad ialah ahmad, ahmad bukan zul yahya?

4. Then, keluarga ahmad mengeluarkan kenyataan dan menafikan sekeras kerasnya bahawa ahmad ialah zul yahya. Zul yahya ialah individu yang berbeza. Zul yahya memang bukan ahmad. Polis meletakkan tuduhan bahawa penahanan ahmad ada kaitan dengan status zul yahya tetapi polis tiada bukti untuk menyabitkan ahmad = zul yahya.

5. Selepas itu gerakan membebaskan ahmad pun bermula. Rekod, polis langsung takmo bebaskan ahmad pada awalnya. Mereka sedaya upaya cuba menahan ahmad lebih lama walaupun jelas bertentangan dengan SOP polis. Yang lebih pelik.. beria2 nak bicarakan di johor padahal ahmad tue dok kl. Bukan dok johor pun. Rujuk sini.

6. Kes ahmad juga mendapat liputan antarabangsa. Rujuk sini.

7. Mungkin disebabkan tunduk kepada tekanan media dan desakan orang ramai akhirnya ahmad dibenarkan ikat jamin. Itupun atas tuduhan yang kelakar. Kenapa kelakar?

Polis gagal buktikan ahmad = zul yahya satu perkara. Polis gagal kemukakan bukti ahmad menghina sultan johor menggunakan account fb ahmad sendiri, satu perkara lagi. Rekod, ahmad ada account fb nya sendiri sebelum semuanya dihilangkan secara tiba2 selepas polis menahan dia. Ermm.. motif? Tah.

Bahkan polis juga mengenakan dua pertuduhan yang sama, satu perkara lagi. Yang lagi pelik, selepas sehari polis membuat kenyataan media bahawa siasatan or bukti masih sedang dicari, rujuk sini, boleh plak polis tuduh ahmad berdasarkan komen zul yahya di facebook?

Bukan kah sebelum ini polis sendiri keluarkan statement bahawa kes ahmad sedang disiasat dan bukti masih dikumpul? Kenapa ketika itu tak announce yang ahmad ditahan disebabkan statement zul yahya? Kenapa selepas mengenakan pertuduhan baru nak kaitkan dia dengan zul yahya?

Rekod, family ahmad insisted mengatakan ahmad dengan zul yahya ialah dua individu yang berbeza. Aku percayakan family ahmad.

Ini la pandangan aku. Persepsi, bukan fakta. Analisa, bukan hakikat.

Aku suspect ini dibuat sebagai amaran keras kepada mereka2 yang ada niat nak jatuhkan sistem pemerintahan beraja sultan johor or mana2 sultan. Dewasa ini kita dapati ramai malaysians yang semakin terang terangan berkomen mengenai sultan dan raja. Mereka tidak segan silu mempersoalkan isu elaun, isu istana, isu islam, dan pelbagai isu2 berkaitan keluarga diraja termasuklah diri aku sendiri.

Penulisan2 seperti ini mungkin menyebabkan geng2 raja jadi takut or marah. Mungkin kerana aib terdedah? Masyarakat hilang respect? Lama kelamaan akan pupuskah mereka? Apakah rakyat akan memilih untuk menjatuhkan raja dari institusi pentadbiran? Apakah ini bermakna no more allowance? No more istana? Dan blablabla..?

So ini mungkin sebagai amaran keras kepada mereka2 yang mempersoalkan kedaulatan raja2 di malaysia. Which is kalau ko tanya aku, aku akan cakap tak cerdik langsung. Jangan sibuk ubah persepsi masyarakat. Masyarakat takan komplain kalau mereka dilayan dengan baik.

Cara nak ajar or asuh masyarakat ialah diri sendiri kena duduk di landasan betul, lakukan perkara yang betul dan sudah tentu sokongan juga akan lahir disebabkan melakukan perkara yang betul. Contoh, sultan kelantan.

Menghukum, menakut2kan, mengertak, memang berkesan tetapi bukan bertahan. Ibarat anak2 kecik yang didera. Time kecik tak boleh melawan sebab kecik lagi. Kena dera sabar jek. Menangis jek. Lama kelamaan dendam tersimpul. Esok lusa yang kecik tue akan besar. Yang besar itu akan tua. Keadaan berubah. Situasi berubah. Yang lemah akan kuat. Yang kuat akan lemah. Begitula kitaran hidup. Balasan akan hadir. Sebab tue kalau nak tawan rakyat bukan dengan persepsi tapi perbuatan.

Baik perbuatan kita maka baik la balasan kepada kita. Jahat perbuatan kita, sudah pasti balasan yang datang pun akan jahat juga sesuai la dengan kelakuan kita. Apa nak heran kan? Ini SOP islam. Bukan rahsia. Janji Allah swt. Tunggu je la. Bai.


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment