Wednesday, November 28, 2012

Kerajaan UMNO/BN nak tutup Masjid Ar Rahman kerana POLITIK?


PAS khuatir tutup masjid Ar-Rahman sebab politik
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai kesal dengan arahan penutupan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang dibuat oleh pihak JAWI atas alasan untuk dibaik pulih.

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Mohd Nasaie Ismail berkata, ia suatu tindakan yang aneh apabila notis diberikan hanya seminggu untuk mengosongkan masjid dan tidak ada sebarang papan tanda cadangan projek baik pulih atau pembangunan semula didirikan di kawasan masjid.

Lebih pelik lagi katanya, semua pegawai masjid dan jemaah diarahkan berpindah ke Masjid Tun Rahah Kg Kerinchi yang baru siap dibina.

"Masjid tersebut jauh dari jalan utama dan tidak ada sebarang penghuni yang mendiami sekitar Masjid Tun Rahah tersebut.

"Kami bimbang tindakan ini sengaja dibuat untuk menutup masjid Ar-Rahman untuk jangka masa yang panjang kerana kegagalan Umno untuk menguasai masjid tersebut walaupun dipengerusikan pimpinan Umno bahagian Lembah Pantai," katanya.

Menurutnya, sebelum ini umum mengetahui bagaimana jemaah kariah Masjid Ar-Rahman selama ini memboikot jawatankuasa masjid yang dilantik JAWI tersebut kerana majoritinya bukan anak kariah dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terkenal dengan pengajian ilmu yang pesat diadakan saban malam dan ini dikhuatiri membimbangkan parti pemerintah, kata Nasaie lagi.

"Kita memberi amaran kepada pihak berkenaan samada JAWI atau yang berkaitan supaya menghentikan tindakan untuk menutup dan mengganggu perjalanan masjid Arrahman atau bersedia untuk menerima tentangan daripada kami.

"Pemuda PAS Lembah Pantai bersama dengan ahli kariah tidak akan teragak-agak untuk mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya notis pengosongan masjid tidak ditarik balik," katanya.- Harakahdaily,28 Nov 2012

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment