Saturday, November 24, 2012

Kenapa Umno Bangkitkan Isu Tabung Memali ? +Video

fitnah di kampung memali : Mali, Mukim Siong, Baling kedah itulah nama betul bagi kampung memali. perisiwa berdarah antara kerajaan umno dan assyahid ustaz ibrahim libya. tabung memali diwujud sebagai satu tabung untuk membela balu, anak anak yatim dan mangsa mangsa yang terlibat.

tuduhan celaka nakhaie kepada pas mengenai tabung memali yang dikatakan diselewengkan telah menemui jalan noktah. tiada sesen pun wang tabung memali di selewengkan dan mana mana pengfitnah hendaklah bertaubat sebelum ajal menjemput pulang. 

kasihan kepada umno yang cuba menangguk diairkeruh bukan keli tanpa ikan piranna mengigit jari. fitnah ini dijaja balik oleh zainon untuk menarik minat pembaca membeli buku beliau dan kesan daripada fitnah ini buku tersebut mendapat pulangan yang baik dan berkesudahan dibalai polis.

tabung memali yang dikatakan diseleweng sudah disiasat oleh polis dan polis tak menjumpai satu sen duit yang diselewengkan. kalau ada sesen yang diselewengkan bermakna sudah lama yang terlibat dengan tabung akan diseret kemuka pengadilan. mana boleh membiarkan pihak pas menelan duit tabung memali walaupun sesen pasti dikorek dan didakwa dimahkamah. oleh sebab tidak mempunyai bukti walaupun sesen di makan oleh orang pas, polis terpaksa menamatkan siasatan dan menutup kes. 


ada pihak yang cuba menimbulkan kembali kisah lama yang sudah terpendam dilubuk tanah. penulis bertindak bijak sangat dalam hal ini. demi melariskan buku tulisannya dia telah meletakkan penyelewengan dalam tulisannya itu menyebabkan penulis berkata dia diserang oleh jawatankuasa keselamatan pas kedah. kasihan umno cuba mencari satu bukti bahkan memalukan diri sendiri sahaja. bangang rupanya penulis buku ini. akhirnya beliau terperangkap dengan tulisan beliau sendiri dan terpaksa mencari kambing kelabu asap untuk disembelih. - Sumber

Peristiwa Hitam Di Memali
Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.

Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.

Halal atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.

Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.

Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.

Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.

Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini. 

Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja. 

Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.

Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.

PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali
Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.

Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.

Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.

Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.

Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ. - Kedah LaNie

Akhirnya UMNO mengaku pembunuhan umat Islam di Memali adalah angkara mereka
Di dalam pertembungan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri, Dato Sri Abdullah Ahmad, banyak perkara-perkara yang dahulunya menjadi rahsia di dalam UMNO (Baru) kini telah pecah.

Isu-isu seperti penjualan pasir kepada Singapura, pembahagian kontrak dan kekayaan negara kepada anak-anak dan saudara mara seperti adegan “Anak dia dapat lagi banyak dari anak saya” dan macam-macam lagi.

Abdullah yang di lihat lemah serta mempunyai IQ yang rendah untuk menjawap soalan secara spontan, sering kali memdedahkan kelemahannya dan UMNO (Baru) khususnya secara dia sedar atau tidak sedar.

Di dalam Forum Keamanan Dunia di Putra World Trade Center (PWTC) tidak lama dahulu. Tun Mahathir pernah menyamakan Abdullah Ahmad setaraf dengan dajal-dajal lain seperti Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Lalu, melentinglah pengampu-pengampu dan penjilat-penjilat Abdullah Badawi. Di dalam laman web Kelab Penykong Maya UNMO, terkeluarlah satu artikel yang bertajuk “Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandi darah orang-orang Islam”.

Antaranya berbunyi :
Bila diulang tayang peristiwa Mamali di Kedah pada tahun 1983, peristiwa hitam negara yang sepatutnya dapat diselesaikan tanpa perlu pertumpahan darah berlaku sewaktu Tun sebagai Perdana Menteri.

Tun saya rasakan bijak dalam merangka tipu muslihatnya dan sikap Tun pada masa itu yang menyerahkan tugas berat tersebut kepada Musa Hitam seolah-olah ‘Membaling Batu Sorokkan Tangan’.

Akibatnya berlaku pertumpahan darah sekumpulan umat Islam yang tidak sepatutnya.Tidak kira dari parti apa atau apa juga perjuangan mereka, masalah orang kampung ini tidak patut di tentang dengan kereta kebal mahu senjata api.

Peristiwa ini dapat dibersihkan dengan satu penipuan yang amat ketara sehingga rakyat tidak mempertikaikan dan dengan liciknya Tun menutup cerita orang-orang Melayu yang bermandian darah ditangan …siapa????????? . Tak perlu kita cerita dengan lebih lanjut kerana ianya akan merobek dan melukakan hati kita sendiri.

Persoalannya sekarang, siapa penipu? Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandikan darah orang Islam. Sekurang-kurangnya Pak Lah tidak membunuh bangsa kita dengan senjata yang sepatutnya mempertrahankan Negara. Pak Lah tidak berlawan dengan orang yang menggunakan sabit dan parang dengan kereta-kereta kebal dan berpelatun askar dan polis hutan.

Begitulah terdesaknya orang-orang UMNO (Baru) akhir-akhir ini. Kerana ingin menyelamatkan boss, maka, boss lama harus dikutuk walaupun sebenarnya membuka keburukan UMNO (Baru) itu sendiri.

Jikalau UMNO (Baru) masih mengatakan Kemerdekaan Malaysia adalah hasil usaha mereka, tetapi adakah Peristiwa Memali yang membunuh ramai orang-orang Islam yang tidak bersalah adalah kerja Tun Mahathir seorang.

Ia adalah kerja orang-orang UMNO. Suka atau tidak, itu memang kerja-kerja durjana UMNO laknatullah ini.

Kalau UMNO (Baru) ada batu, kenapa Kes Memali ini tidak dibuka semula di mahkamah, sehinggakan terpaksa membuat fitnah tentang Tabung Memali yang diusahakan oleh PAS telah diseleweng. Jika benar ianya diseleweng, masukkan sekali kes ini ke mahkamah sekali.

Harus sedar, bahawa setiap ahli dan pengundi UMNO dan Barisan Nasional adalah terlibat dengan kes ini secara langsung atau tidak langsung.

Related story : Kronologi Memali
p/s : Artikel “Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandi darah orang-orang Islam” sudah dipadamkan di dalam arkib KPMU – Lord Azaab 

Tabung Memali not misappropriated: Baling MP
Tabung Memali
KUALA LUMPUR: Pas MP for Baling Datuk Taib Azamudden Mohd Taib has dismissed allegations that the party is misappropriating the Tabung Memali fund for its own use instead of giving it to the wives and children of Memali victims.

Taib Azamudden, who is also former Pas Kedah deputy commissioner, told The Mole the issue about the fund, which has been questioned and highly discussed in the blogosphere, was merely a gimmick by political opponents to tarnish Pas’ reputation.

The Kampung Memali tragedy occurred on November 18, 1985 in Baling, Kedah, when14 members of a deviant sect were killed after a struggle with police.
“These blogs are malicious. We have been giving the fund to widows of Memali victims from time to time,” Taib said.

“Why can’t they ask for clarification from us? People should not write anything without basis,” he added.

Some bloggers have been posting videos on claims made by former Pas Kedah Youth Exco Zainol Ismail, better known as Cikgu Non, who has repeatedly questioned on the status of the fund.

Cikgu Non has also accused Pas of being cruel for not giving money from the fund to those deserving, especially the orphans.

A blog post by Unit Media Kedah in July had claimed that the Malaysian Anti-Corruption Commission would investigate the Tabung Memali issue.

Taib however explained: “Maybe when people thought about the fund, they thought that they will receive a huge sum of money. But that is not the case, we can only give as much as we can based on (what is given to) the fund.”

“If we can only manage to give a kain batik, then that is what we have managed to get from the fund,” he added.

Asked about when the donation was given, or whether there was any official ceremony for it, Taib said: “We should not be boasting about our charity work.”

“For me, although I am not directly involved with the management of the fund, our conscience and intention is clear.”

He added: “It is up for people to believe what they want.”

Petikan : "Alah Cikgu Zainon (Zainon Bin Ismail - yg pi report Polis) tu, dia yg dok makan duit derma Memali. Dulu tu, dia ada dok gi merata dok mintak derma untuk mangsa2 Memali (beliau ada kahwin dengan balu Memali); tapi dalam RM1000 yg dia dapat, cuma dua tiga ratus saja yg sampai kpd mangsa Memali ini, yg lain tu dia songlap kat dia sendiri"

Lepas tu?

"Lepas tu, bila kita tahu, pihak Tabung Memali (kelolaan PAS) stop bagi kebenaran kat dia kutip derma guna nama Memali nie. Tak moleklah dok buat lagu tu, kutip lepas tu makan sendiri. Ha, sebab tu lah yg dia dok marah sangat kat Tabung Memali PAS ini!!"

Macam mana dengan report Polis?

"Eh, tak dak apa aih, Polis Baling pakat gie turun Memali pa, dema siasat semua okay; ada resit bukti penerimaan dan pembayaran untuk mangsa2 Memali tu, siap dengan sign dan tanda tangan balu-balu Memali....buang kes!!"

OHHH.....LAGU TU RUPANYA....KALU LAGU TU MEMANGLAH PATUT BENAR KALAU ORANG  PANGGIL UTUSAN MALAYSIA SEBAGAI UTUSAN MELOYA PUN.....TAK HABIS-HABIS NAK BUAT FITNAH KAT ORANG. TAIK KUCING PUNYA SURAT KABAR!!

P/S : Sepatutnya yang diwar2kan kezaliman kerajaan lawan orang kampung dengan kereta kebal .... supaya cucu cicit donia .. tau cerita yang sebenar ...

Bab mencari dan menagkap penyeleweng tersebut biar Polis lakukan jika ada laporan dibuat. Yang ini tentulah orang UMNO kena buat.

Lepas itu apa kata UMNO Kedah pula buat Tabung Memali yang baru. Tentu boleh war-warkan dalam RTM. Saya rasa boleh dapat banyak.... hehehe...

kalau dah jenis UMNONGOK .. bende yang sepatutnye tak pulak nak disibukan.. berjuta2 ke duit tu.. biarlah orang2 PAS je yang selesaikan .. yang kak ros berjoli katak tu taknak pulak disoal siasatkan dan di kecohkan..

TAHANAN MEMALI (yg tidak mati) dipenjarakan dan DIDERA macam haiwan ...... kanak2 dan wanita DICUCUH API ROKOK.

LAKNAT UMNO
sebok pasal tabung memali .... tak tau apa nak jadikan point nak attack PAS la tu .... pirah. MEMALI tu BUKTI KEZALIMAN UMNO-Yahudi. Yahudi bunuh Nabi2 . UMNO sekarang bunuh ulama' dan pendakwah. tabung Memali tak jadi ISU. kezaliman MEMALI tetap jadi ISU sampai si penzalim mengaku salah dan minta maaf

bodo bangang punya orang ....nak jadikan `tabung Memali' isu .... oiiii tarak isu la oiiii

ingat org PAS ni kaki songlap macam UMNO ke .....bunuh orang mcm UMNO ke


Ust Ismail Mahmud (adik As-Syahid Ibrahim Libya)



"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment