Monday, November 26, 2012

Isu salun: ISLAM MENGAJAR MANUSIA...JANGAN MENGHAMPIRI ZINA``

INILAH ASAS YANG MEMBUATKAN TINDAKAN DIAMBIL KEATAS MANA MANA SALUN YG MENGUNAKAN WANITA MEMOTONG RAMBUT LELAKI DAN SEBALIKNYA.

INI ADALAH SALAH SATU DARI SERIBU SATU MACAM PERBUATAN YANG DIKATAKAN MENGHAMPIRI ZINA.

TAK ADA SATU UGAMA DI ATAS MUKA BUMI INI YANG SUKAKAN PENGANUTNYA BERZINA.

TANYALAH SOI LEH....TANYALAH KARPAL SING...TANYALAH RAHIM TAMBI CIK...TANYALAH SESIAPA SAJA YANG BERUGAMA, ADAKAH UGAMA MEREKA MENGIZINKAN PENGANUTNYA BERZINA ?

BERGEMBIRAKAH SEORANG BAPAK ATAU SEORANG DATOK, SEORANG ABANG ATAU SEORANG KAKAK JIKA ANAK ANAK PEREMPUAN MEREKA ATAU CUCU CUCU PEREMPUAN ATAU ADIK ADIK PEREMPUAN MEREKA MELAHIRKAN ANAK TANPA BAPA YANG SAH....ANAK KONGSI RAMAI RAMAI ?

OLEH ITU, LARANGAN DAN TINDAKAN UNDANG UNDANG KEATAS SALUN YANG MELAKUKAN PERBUATAN SEDEMIKIAN AMAT AMAT DISOKONG DAN DIRESTUI.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...INILAH AJARAN ISLAM.

ISLAM YANG MAHA TINGGI.

PM BAGAIMANA ?
BAGAIMANA UMNO?
BAGAIMANA MCA?
BAGAIMANA PKR?
BAGAIMANA SEMUA PARTI PARTI POLITIK

PARA ULAMAK..BAGAIMANA ?
SEMUA UMAT ISLAM YANG MEMPUNYAI RASA KEIMANAN...BAGAIMANA ?

DAN SEMUA RAKYAT YANG BERUGAMA DAN ADA MARUAH DIRI.... BAGAIMANA ?

SOKONG ATAU MENENTANG ?..ATAU MEMBISU SAJA ??? - Othman Man

Isu salun: K'tan pertahan perundangan Islam
Kerajaan PAS Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

"Saya tak nak komen kenyataan Karpal. Pertamanya sebab saya tak dengar secara direct (langsung), keduanya, kalau Karpal tengok akta ini, dia akan setuju dengan sayalah. Dia pun peguam.

"Itu hak dia nak saman Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), tapi baca undang-undang itu elok-elok sikit... nanti kita (Karpal) pula yang kena bayar kos. Kita bukan pandai-pandai begitu sahaja masa nak buat undang-undang atau akta," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKB di Kota Bharu, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh menggesa Kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Karpal berkata orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.

Pengerusi DAP itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

"Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi di belakang (ia) jalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.

"Adakah seorang ayah rela anak perempuannya diganggu (ketika bekerja), apatah lagi suami yang rela isterinya diganggu oleh pelanggan-pelanggan lelaki misalnya?," tanya beliau. - Mk

Jauhkan Diri Dari Zina
Perbuatan dan tindakan yang boleh membawa kepada perzinaan perlu dijauhi walaupun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.

2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.

3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; "Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman" (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4516) - SUMBER

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment