Friday, November 2, 2012

Isu Al Arqam : Respon Dari Ust Badrul Amin

Majlis Jamuan makan "Kenduri Mega" mlm tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukan Arqam. Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus utk sy. Sy dtg bersama istri dan anak2 utk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai. 
Sy d letak d meja tamu sbb rasa hormat mereka dan mmg khemah lain xda meja pun. Ahli jamaah Ikhwan mengenali kami kerana istri saya sering membeli keperluan dapur d pasaraya Ikhwan sbb ia menyediakan produk makanan buatan org Islam. 

Anak istri sy juga sering kesana membeli pakaian d butik ikhwan. Laporan Kosmo yg kononnya sy adalah salah seorang dari AJK penganjur prog mlm td adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab. 

Saya langsung tiada kaitan apa2 dgn organisasi Ikhwan jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.. Kehadiran sy tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik. Sumber

Badrulamin: Saya hadir program jemputan Global Ikhwan, bukan Al-Arqam

Oleh Mohd Farhan Darwis November 02, 2012
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

“Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin kepada The Malaysian Insider.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.”

Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

“Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

“Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994.

Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya “ghaib” dan akan kembali dalam masa terdekat. MI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment