Sunday, November 25, 2012

HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE DATARAN MERDEKA - JAM 4:00 BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA

HIMPUNAN HIJAU BERJALAN
DARI KUANTAN KE DATARAN MERDEKA
SEMUA DI JEMPUT BERHIMPUN
PETANG INI JAM 4:00
DI DATARAN MERDEKA
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
Sesiapa yang ingin berjalan sama sila datang ke markas tarbiyah PAS jam 10:00 pagi. himpunan hijau akan memulakan perjalanan dari markas tarbiah menuju ke sentul dimana mereka akan disambut oleh yb tian chua

jam 2:30 petang mereka akan bergerak menuju ke kuil kampong railway berhampiran sentuk pasar
sesiapa yang ingin berjalan sama sila tunngu mereka

dari kampong railway mereka akan menuju ke maju junction jam 3:30 himpuanan hijau akan berada di maju junction sesiapa yang mahu berjalan sama sila tunggu di maju junction

jam 3:30 mereka akan bergerak dari maju junction menuju ke DATARAN MERDEKA

4:00 petang mereka sampai ke DATARAN MEREKA sila berhimpun di DATARAN MERDEKA
ANTI LYNAS : AHLI PAS DISERU KE DATARAN ESOK – harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang. Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) ," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.

"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas. Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kumpulan tersebut bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka hari ini.


Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka
GOMBAK, 24 NOVEMBER: Peserta “Green Walk” yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak.

Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew.

Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat.

Menurut wakil “Green Walk” yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang.

“Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang,” katanya

Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kumpulan anti-Lynas masih belum memberitahu polis mengenai rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin ini.
Mengenai usaha pihak untuk menggagalkan perhimpunan di Dataran Merdeka itu, Wong mempertikai elemen apakah yang boleh mengancam keselamatan negara dengan perhimpunan itu.

“Kami berjalan dengan penuh cinta. Rakyat sudah berjalan jauh sehingga 300 kilometer dan adakah masuk akal untuk mereka mohon kebenaran untuk duduk dan meregangkan kaki,” katanya.

Pada Isnin lalu, Lynas mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi memproses bahan mentah bulan depan dan semalam lebih 100 kontena mengandungi bijih nadir bumi sudah tiba di Pelabuhan Kuantan dengan kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Kesanggupan Malaysia membenarkan nadir bumi diproses di Kuantan meningkatkan kebimbangan umum berlakunya risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan manusia terjejas dengan bahan berbahaya radioaktif seperti yang berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 80-an. – Roketkini.com

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment