Tuesday, November 6, 2012

Dr. Maza, Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Sokong Nurul Izzah.. Ini Buktinya


Dah semakin panas.Syabas dr asri, nyatakan lah pendapat anda. Kita yang di bawah ni mahukan pelbagai sumber pendapat dan komen.
Firman Allah (maksudnya) : “Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).


Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.

Kata Ibn ‘Abbas:“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Dr Maza
Dan Ini Dari YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz
Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini,
" katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka. Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu. Harakah

Hadi: Mesti 100 peratus jelas sebelum menghukum...


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama agama seperti yang dilapor media.

Menurutnya, beliau tidak mendapat gambaran sebenarnya untuk mengulas berhubung kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu.

"Kita tidak mendapat gambaran sebenar. Saya tidak boleh buat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana tak lengkap," katanya.

Kemudian, wartawan cuba menjelaskan isi kenyataan Nurul Izzah itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak boleh... Kita mesti baca sepenuhnya".

Hadir sama di sidang akhbar tersebut antaranya ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa, serta Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Diasak wartawan bahawa laporan Utusan yang memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu, Abdul Hadi berkata: "Kita kena detail, nak menghukum tak boleh".

Ditanya oleh wartawan sama ada mahu berjumpa dengan anak sulung ketua umum PKR itu, untuk mendapat penjelasan sebenar Abdul Hadi berkata:

"Kita rasa kita banyak hal-hal lain yang hendak kita hadapi terutama pilihan raya. Memang dekat dengan pilihan raya, memang dicari apa sahaja isu untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu kepada pilihan raya," katanya.

Menurutnya lagi, dalam Islam sesuatu perkara mesti 100 peratus jelas sebelum membuat hukuman atau keputusan.

"Kalau 99 peratus jelas, 1 peratus tak jelas, maka kita tidak boleh hukum orang," kata Abdul Hadi. Mk

Golongan yang zalim dan penipu akan jatuh tersungkur.Tolak umno, agama dan negara akan selamat. Allahuakhbar!

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment