Friday, November 2, 2012

Dr Badrul Amin bersama Ustaz Ann Wan Seng ditahan JAIS


BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam.

Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad.

Al-Arqam yang bergerak aktif selama lebih sepuluh tahun dan memiliki lebih 10,000 ahli, memiliki kilang dan hospital sendiri itu diharamkan selepas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meramalkan dirinya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Dr Mahathir.

Akhirnya, Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohammed kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Update: Dr Badrol Amin sedang memberikan keterangan di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam. Pihak JAIS berkata ia bukan satu tangkapan. Tapi Dr Badrol Amin diangkut menggunakan trak Polis. Alasan penahanan ini kerana melanggar fatwa mufti yang dikeluarkan dalam tahun 1995 yang mengharamkan Al-Arqam.

Maklumat lanjut berkenaan tangkapan ini akan menyusul. Sumber

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment