Friday, November 9, 2012

Bila kita tidur, dia kencing kita ...

Jadi, saya juga hendak maklumkan bahawa terdapat perbezaan, rakyat dengan Raja, oleh kerana rakyat ingin menjadikan Raja itu sebenar benarnya mulia.
Kita tidur, dia tak tidur, Kita makan, dia tak makan. Kita berjalan, dia tak berjalan. Kita mati, dia tak mati.Itulah Raja. Sebab, bila kita tidur, dia beradu, Bila kita makan, dia santap. Bila kita berjalan, dia berangkat. Bila kita mati, dia mangkat. (Ketawa) Jadi, sampai ke peringkat itu kita buat perbezaan.

Itulah kata-kata Shahidan Kassim sewaktu membentangkan Pindaan Perlembagaan kuasa raja dahulu pada 19 JANUARI 1993 – Parlimen Hansurd : 13740.

Ingatkan bila dah lepas lulus pindaan tersebut, tak adalah lagi gejala seumpama itu lagi di muka bumi ini. Rupa-rupanya tidak juga...malah semakin bermaharajalela...

Ditambah pula dengan perbezaan antara rakyat dengan Pemimpin.Selagi ada rakyat yang bangang dan mahu menjadikan Pemimpin itu sebenar benarnya mulia....
Kita tidur, dia tak tidur, Kita makan, dia tak makan. Itulah Pemimpin. Sebab, bila kita tidur, dia kencing kita, bila kita makan, dia berak kita kerana dia sentiasa kekenyangan dgn rasuah...

Orang sekadar cium tangan sekadar tanda hormat , tapi jenis yg menjatuhkan marwah diri sendiri malah aqidah sendiri akan sanggup jilat cup! cup! cup! - alhusseyn


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment