Tuesday, November 13, 2012

Benarkah Tuan Guru Nik Aziz SESAT?


Yang tersurat dan yang tersirat: Membedah maksud Nabi Mamat kampung Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.
Asslaamualaikum.

“Nabi mamat kampung” demikian kata tuan guru nik abdul aziz bin nik mat.

Bergegar 1 Malaysia, bergegar seantero dunia tanah jawi, bertujai ulama dan bukan ulama menuduh nik aziz sesat, nik aziz menghinakan Nabi, nik aziz jatuh kafir.

Pak nur selama ini tidak mengulas tidak menafsir tidak mengambil berat tuduhan itu. Namun oleh kerana tuduhan telah melampau, dibicarakan di TV diceramahkan dan disebar dalam bentuk cakera padat, semuanya menggamit pak nur mengulas dari persepsi maksud yang tersirat dari kata2 nik aziz itu.

Maksud kalimat:
Nabi bermaksud manusia pilihan untuk menyampaikan ajaran ALLah. Disertakan kalimat Rasul iaitu pesuruh. Jadi Nabi hanya menerima ajaran Tuhan untuk dirinya tetapi disuruh menyampaikan juga kepada manusia seluaruhnya jadilah Rasul. Kalimat Nabi dan Rasul adalah sinonim. Maka disebutlah Nabi Muhammad Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mamat adalah perkataan melayu. Ia bererti budak atau remaja. Ia sama dgn kalimat ujang Negeri Sembilan. Kalau perempuan ia disebut mek dalam loghat Kelantan, daro dalam loghat Negeri Sembilan. Dalam Arab disebut ghulam bererti budak. Tersebut dalam sirah, ketika Nabi Mi’raj, Nabi Musa menyebut Rasulullah sebagai ghulam ketika menyuruh Baginda meminta pengurangan jumlah solat 50 waktu kepada 5 waktu. Mamat, budak, remaja atau ghulam bukan adalah diri bukannya sifat. Ertinya ia adalah gelaran diri jasmani.

Kampung bererti tempat tinggal. Kampung lawannya bandar atau kota. Situasi kampung adalah sederhana berlawanan dengan bandar elite atau kota metropolitan. Bila disebut orang kampung, ia menggambarkan hidup sederahana kalaupun tida miskin. Dan orang kota menggambarkan kehidupan gemerlapan dengan kemewahan. Kampung bererti situasi yang menggambarkan kesederhanaan bukan sifat diri jasmani.

Sirah Nabawiah:
Kota Mekah adalah kota zaman dahulu berbeza dengan kota zaman ini. Kota Mekah adalah kota padang pasir dimana rumahnya dibena dari batu atau pelepah kurma. Tidak ada simen tidak ada bata tidak ada lampu letrik. Yang ada hanya batu dan api yang dipasang pada “pelita” atau apa yang ada ketika itu. Mekah adalah kota zaman dahulu bukan seperti Mekah zaman ini yang metropolitan.. Ertinya secara perbandingan Mekah zaman dahulu hanya setara dengan pekan kecil zaman ini bahkan pekan kecil zaman ini lebih maju dari Mekah zaman dahulu.

Nabi hidup sebagai pengembala kambing. Nabi tidak menjadi ahli koperat. Nabi tidak menjadi menteri yang kaya. Nabi hanya peniaga yang memegang amanah bukan kepunyaannya. Nabi bukan Kaiser Rome atau Kisra Parsi tetapi hanya penduduk Mekah, Mekah yang zaman dahulunya setara pekan di zaman ini. Mekah yang setaraf kampung jika dibandingkan dengan kota Metropilitan masakini.

Nabi bukan ahli koperat elite tetapi hanya pemegang amanah niaga, Nabi hanya pengembala kambing, bukan ahli koperat pengusaha syarikat membela lembu yang mendapat dana biaya dari penguasa Mekah. Nabi hanya peniaga setaraf kampung, Mekah yang setaraf kampung moden zaman ini.

Dan Nabi juga bukan raja bukan Kaiser Rome atau Kisra Parsi. Nabi hanya seorang Rasul. Berkata Baginda dengan maksud “Jangan kamu mengagungkanku seperti nasrani mengagungkan Isa, Aku hanya manusia seperti kamu yang makan minum dan berumah tangga”. Ertinya Nabi bukanlah Tuhan bukan Malaikat dari segi keujudan tetapi hanya manusia juga.

Nabi adalah manusia termulia disisi ALLah Taala. Tidak ada manusia bahkan tidak ada makhluk semulia Nabi. Malaikat Jibril sahaja tidak mampu naik ke Arasy kerana jika Jibril naik bersama Nabi, Jibril akan terbakar. Bahkan ALLah menyatakan Nabi adalah semulia manusia hingga mengatasi kemulian Nabi-Nabi terdahulu. Namun, Nabi tinggal dalam masyarakat jahiliah semasa remaja, Nabi hidup dikelilingi umat yang sesat yang mensyirikkan Tuhan. Nabi hidup dalam kampung Mekah yang penuh kekufuran. Namun Nabi bukan jahiliah, Nabi bukan bersifat atau beramal dengan jahiliah. Maka Nabi digelar al-Amin iaitu orang yang jujur amanah. Berkata Tuhan bermaksud, sesungguhnya Nabi memiliki akhlak yang sangat mulia, demikian tidak terbantahkan lagi.

Nabi mamat kampung:
Mengatakan Nabi Mamat Kampung apakah menghinakan Nabi?

Berhujah penyesat nik aziz “Nik aziz telah menghinakan Nabi dengan mengatakan Nabi mamat kampung, sedang Nabi manusia termulia, dijadikan dari nur, dijadikan dunia kerana nur itu. Nik aziz telah sesat kerana mencerca Nabi dengan mengatakan Nabi sama dengan mamat kampung sedang Nabi tidak sama dengan mamat kampung Pulau Melaka, Kelantan”

La pulak dah!
Nabi Musa tidakpun disebut menghinakan Nabi walau dia menyebut ghulam. Ghulam hanya panggilan jasmaniah. Ghulam sama sahaja dengan kamu atau awak, atau budak, remaja, mamat atau ujang, tidak ada erti penghinaan. Katakanlah “Nabi Musa mencerca Nabi kita Muhammad. Nabi Musa lebih rendah martabatnya tega menghina Nabi kita sebagai ghulam. Nabi Musa sesat dan kafir”, katakanlah kalau berani!

Kenapa ia ditafsir kepada mamat kampung Pulau Melaka atau mamat kampung Simpang Pelangai? Kenapa otak tidak positif dengan menilai mamat kampung zaman Rasulullah remaja? Adilkah perkataan nik aziz itu didasarkan kepada situasi dan tempat Pulau Melaka atau kampung Ketapang, Pekan, sedang Nabi lahir dan membesar di Mekah? Amatlah tidak adil hanya kerana nik aziz musuh politik maka dia diserang dengan penuh kehinaan tanpa menilai dan membedah maksud perkataannya.

Orang kota elite menghinakan orang kampung jika dia berkata “Woi bla la ko budak kampung kolot”. Namun Nik aziz bukan orang kota elite. Rumahnya hanya rumah kayu sedang dia ketua negeri. Maka tidak masuk akal nik aziz mahu menghina Nabi sebagai budak kampung dalam keadaan nik aziz juga orang kampung secara perbandingan.

Nabi hidup secara kampung dengan mengembala kambing. Nabi tidak hidup dikota elite dengan pekerjaan elite. Mekah zaman itu setaraf kampung zaman ini, jauh dari sebanding dengan Mekah kota elite zaman ini. Dan Nabi hidup di dalam lingkungan masyarakat jahiliah zaman remaja. Namun Nabi tidak jahiliah. Nabi punya akhlak terpuji dan tidak pernah menyembah berhala. Maka pak nur yakin Nabi beragama warisan Nabi Ibrahim sebelum dia dilantik menjadi kemudi agama penyempurna iaitu Islam.

Jelas disini maksud nik aziz itu menunjukan kepada dzahiriah Nabi. Nik aziz kata “Nabi adalah mamat kampung”. Nik aziz tidak berkata “Nabi mamat jahiliah kampung” kerana nik aziz sangat tahu bahawa walau Nabi hidup dalam lingkungan masyarakat jahiliah, Nabi tidak jahiliah. Nik aziz sangat tahu kerana dia belajar agama di al-Azhar dan Deoband. Tidak masuk akal untuk nik aziz berkata “Nabi mamat jahiliah kampung” kerana ia bererti sifat jahiliah. “Nabi mamat kampung”bererti Nabi adalah remaja yang hidup disuasana kampung, sederhana bahkan miskin.

Jelas pengkritik nik aziz tidak menafsir dari dasar. Kalimat mamat dan kampung tidak dilihat melalui konteks Sirah dan situasi. Konteks nik aziz ialah jamaniah dan situasi hidup, bukan sifat. Mamat kampung, bukan mamat jahiliah kampung. Mamat kampung ialah budak remaja yang hidup dikampung tetapi mamat jahiliah kampung ialah budak remaja sesat barat yang hidup di kampung. Dan Nik aziz tidak berkata “Mamat jahiliah kampung” tetapi “Mamat kampung”

Kesimpulan untuik muhasabah diri jangan terburu2 menuduh tanpa meneliti dgn saksama:
Menafsir secara umum membuat manusia salah dari maksud. Kenapa tidak menyelidik maksud kalimat terus menghukum nik aziz sesat?

Menafsir Quran pertamanya dari sudut bahasa. Kalau bahasa mengatakan solat, ia bererti penyembahan diri kepada ALLah dgn tata cara tertentu dari takbiratulihram hingga salam. Tak masuk akal solat itu mengeluarkan harta yang wajib. Itu zakat. Maka tak masuk akal mamat kampung (jasmaniah urufiah) ditafsir mamat jahiliah kampung (Sifatiah akhlakiah) disini sahaja sistem tafsiran sudah salah, mamat kampung ditafsir mamat jahiliah kampung. Jadi kenapa tidak mengambil kira sistem tafsiran Quran untuk menilai perkataan seorang ulama seperti nik aziz? Namun bukanlah bermaksud perkataan nik aziz seperti Quran namun jika kita mengikut Quran, ikutlah sistem tafsiran Quran supaya kita tidak menyalahi maksud nik aziz. Menyalahi apa yang dimaksudkan kerana terburu2nya menuduh, adalah satu (maaf) kesilapan besar dan dusta juga fitnah.

Maka ikutlah pertunjuk sistem penafsiran Quran kerana ia adalah pertunjuk kepada kebenaran dalam hidup.

Dan tidak memahami dasar bahasa terus menghukum adalah sikap yang jelek. Jelek ertinya buruk.

Menjatuhkan hukum ibarat hakim. Hakim menjatuhkan hukum setelah meneliti pertuduhan dari berbagai aspek. Pertama sekali aspek bahasa pertuduhan. Bahasa hendaklah betul kerana jika bahasa tidak betul, pehak pembela akan mempertikaikannya yang mungkin mengakibatkan kes digugurkan. Maka menghukum nik aziz sesat dan kafir kerana menyebut Nabi mamat kampung tanpa menilai dari sudut bahasa dan sirah, adalah keterlaluan, sama seperti seorang hakim menjatuhkan hukum sesat kepada seseorang tanpa mengetahui pertuduhan itu sendiri.

Untuk memahami hakim yang sedemikian, pak nur aturkan analogi...

Pendakwaraya:
“Tuan hakim, nik azizi telah mengatakan Nabi mamat kampung. Jadi minta tuan hakim jatuhkan hukum atas perkataannya itu sesat dan kafir”

pembela:
“Saya pembela mahu bertanya pendakwaraya, kenapa nik aziz dikatakan sesat dan kafir dgn perkaaan itu? Pendakwaraya, apa maksud mamat apa maksud kampung?”

Pendakwaraya:
“Entah he3. Saya pendakwaraya minta tuan hakim menjelaskannya pulak apa maksud mamat apa maksud kampung”

Hakim:
“Saya pun tak tau he3. Namun saya cenderung untuk menutuskan nik aziz sesat”

Hadirin yang menghadiri penghakiman:
“Boooooooooooooooooo!!!!!”

Ertinya penghakiman dimana pendakwaraya dan tuan hakim sendiri tidak memahami pertuduhan adalah penghakiman dusta dan diketawakan masayrakat sahaja.

Demikian tamthilnya ulama penyesat dan awam yang berlagak tahu, menyesatkan nik aziz tanpa melihat dasar pertuduhan, tidak melihat apakah maksud kalimat “Nabi", “mamat” dan “kampung”, tetapi mengikut hawa dan nafsu melulu.

Fikir2 renung2 dan senyum2. - http://shahil.wordpress.com/

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment